GETS Bantu Graduan Menganggur Cari Kerja

Program GETS Bantu Cari Kerja Untuk Graduan Menganggur | Apa itu program GETS Sarawak? Program GETS dikenali sebagai Latihan Pengukuhan Graduan Sarawak atau Graduate Enhancement Training Sarawak (GETS). Program GETS Sarawak ditubuhkan untuk membantu graduan Sarawak yang menganggur mendapat pekerjaan menerusi latihan.

Dengan adanya Program Pemerkasaan Latihan Graduan Sarawak, harap-harap dapatlah mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan yang telah tamat belajar. Program GETS ini ditawarkan kepada pelajar lepasan diploma dan pelajar lepasan ijazah yang masih menganggur, masih belum mendapat pekerjaan. Jadi, jika anda graduan Sarawak yang masih menganggur, boleh la membuat permohonan menyertai Program GETS Sarawak.

program gets cari kerja untuk graduan sarawak menganggur, apa itu program gets sarawak, tempoh latihan program gets, bayaran elaun latihan program gets, cara buat permohonan masuk program gets sarawak
Program GETS Bantu Graduan Sarawak Menganggur Cari Kerja

Tempoh Latihan Program GETS Sarawak
Graduan akan ditempatkan di syarikat terbabit sebagai pelatih GETS untuk tempoh 12 bulan. GETS merupakan program pengukuhan kebolehpasaran. Semasa menjalani latihan, pelatih GETS akan mendapatkan kemahiran berkaitan industri dalam mengukuhkan lagi kebolehpasaran mereka. Pelatih GETS juga akan disediakan dengan kursus dalam bahasa Inggeris, kemahiran insaniah dan kemahiran keterampilan diri.

Elaun Menjalani Latihan Program GETS Sarawak
Berita baik buat pelatih GETS, semasa menjalani latihan selama 12 bulan, pelajar lepasan Ijazah dan Diploma akan dibekalkan dengan elaun latihan. Elaun GETS RM1,000 bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda dan elaun GETS RM800 bagi pemegang Diploma. Ada gaji tu. Peluang ni! Jom rebut segera!
  
program gets cari kerja untuk graduan sarawak menganggur, apa itu program gets sarawak, tempoh latihan program gets, bayaran elaun latihan program gets, cara buat permohonan masuk program gets sarawak
PROGRAM GETS: Program Pemerkasaan Latihan Graduan Sarawak

Tujuan Program GETS Sarawak
Program GETS bertujuan membolehkan graduan memperolehi pengalaman kerja berharga melalui latihan kerja sebagai pelatih untuk maksimum tempoh satu tahun di sebuah syarikat perniagaan atau perindustrian dan mereka akan menghadiri kursus khas berstruktur. Selain itu, ia membantu syarikat untuk menghadapi situasi ekonomi yang mencabar kini. Dengan hanya menyertai GETS mereka boleh mengekalkan perniagaan semasa atau memperluaskannya dengan bantuan pelatih GETS.

Cara Buat Permohonan Masuk Program GETS Sarawak
Bagi graduan Sarawak yang masih menganggur dan ingin membuat permohonan memasuki latihan industri GETS ini, anda hendaklah menghubungi Unit Pembangunan Tenaga Kerja di Pejabat Ketua Menteri untuk mendaftarkan diri sebagai pelatih GETS. Program GETS sememangnya membantu graduan Sarawak yang masih menganggur mencari pekerjaan dan mudah dapat kerja.

No comments:

Post a Comment