Ads GA Leaderhead

4 Jumlah Anak Dalam Keluarga

Berapa Jumlah Anak Dalam Keluarga | Setiap keluarga disaran memiliki 4 orang anak, itu cadangan dari menteri. Anak i baru je sorang, kalau dikira ada 3 je jumlah tanggungan dalam keluarga. Ada sesetengahnya memerlukan pengasuhan anak dalam keluarga. Perkara biasa di zaman kini. Jangan lupa, berikan juga pendidikan anak dalam keluarga.

Kedudukan anak dalam keluarga, aku anak keempat. Ada lima lagi adik-adik di bawah aku. Peranan anak dalam keluarga amat penting. Tanggungjawab kita pada adik-beradik, mak ayah, menjaga rumah, membuat pembersihan rumah, itulah tugas anak dalam keluarga.  
berapa jumlah anak dalam keluarga, jumlah tanggungan dalam keluarga, pendidikan anak dalam keluarga, kedudukan anak dalam keluarga, peranan anak dalam keluarga, tugas anak dalam keluarga, pengasuhan anak dalam keluarga
Jumlah Anak Dalam Keluarga
Orang dulu-dulu anak ramai, mak aku pun ada 9 orang anak. Aku nak capai angka tu, errr diluar kemampuan aku. Harap-harap aku dapat memiliki sekurang-kurangnya 4 orang anak. Bak kata menteri tersebut, itu adalah jumlah anak yang ideal dalam keluarga. Rezeki zuriat dariNya, kita hanya merancang, moga-moga dipermudahkan olehNya.

4 Orang Jumlah Anak Dalam Keluarga
Secara ideal, setiap keluarga disaran memiliki 4 orang anak. Ia bagi meluaskan sumbangan asas domestik dalam merancakkan ekonomi negara. - Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim

Zaman sekarang semua kena pakai duit. Tambang bas pun naik, barangan kegunaan harian pun naik, bayaran tol pun naik, kena bayar cukai GST lagi, apatah lagi barangan bayi dan kanak-kanak pun sama-sama naik. Situasi ni memberi cabaran buat mereka untuk mempunyai anak seramai 4 orang. Ya, aku amat akui perkara tersebut.

Kos hidup yang semakin meningkat membuatkan pasangan tidak dapat beranak ramai. Banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung kelak. Apatah lagi yang tinggal di Bandar, keluar je kaki dari rumah, duit berdesup-desup keluar. Nak bayar penjagaan anak di bawah pengasuh lagi. Bayar tambang bas sekolah. Perbelanjaan harian anak-anak. Kehidupan yang semakin mencabar dengan kenaikan harga barang, juga segala perkara yang memerlukan wang.

Secara ideal, setiap keluarga disaran memiliki 4 orang anak. Mampukah rakyat Malaysia mencapai jumlah anak yang ideal dalam keluarga? Anda pula, berapakah jumlah anak dalam keluarga? 

No comments:

Post a Comment