Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penerangan

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Pembantu Penerangan Gred S17 | Ingin menjadi Pembantu Penerangan? Nak tahu apa syarat kelayakan Pembantu Penerangan? Berapa gaji Pembantu Penerangan Gred S17 dan juga apa tugas Pembantu Penerangan.

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Penerangan Gred S17 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Nantikan pengumuman pengambilan Pembantu Penerangan 2016 pada bila-bila masa. Apa yang penting, anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Penerangan Gred S17 menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8). 

gaji Pembantu Penerangan Gred S17, syarat kelayakan dan tugas Pembantu Penerangan, permohonan jawatan kosong Pembantu Penerangan, kerja kosong Pembantu Penerangan, pengambilan Pembantu Penerangan 2016
Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penerangan Gred S17

Gaji Pembantu Penerangan
Gaji Pembantu Penerangan Gred S17 sekitar RM928 sehingga RM3,375. Manakala untuk kadar gaji tahunan pula berjumlah RM95.

Syarat Kelayakan Pembantu Penerangan
1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
3. Lulus Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
4. Keutamaan diberi kepada calon yang boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa ibunda. Info lanjut rujuk sini: Pembantu Penerangan

Jawatan Pembantu Penerangan Gred S17 boleh dimohon menerusi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi borang permohonan SPA8i online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda: semakan panggilan temuduga SPA 8  dan juga mengetahui hasil keputusan temuduga SPA anda: SPA8i semakan keputusan temuduga SPA.

Artikel Berkaitan:

Deskripsi Tugas Pembantu Penerangan
Pembantu Penerangan Gred S17 menjalankan tugas-tugas mengeluarkan nota kepada pengarang mengenai aktiviti-aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan, mengeluarkan siaran akhbar berbentuk teks ucapan, menerima dan menyemak ucapan-ucapan, kenyataan-kenyataan akhbar.

Pada masa yang sama, tugas Pembantu Penerangan ialah membantu menganalisa dan memproses laporan bulanan aktiviti pemimpin negara, menjawab pertanyaan mengenai dasar-dasar kerajaan, mengesahkan ketetapan maklumat sebelum siaran akhbar dikeluarkan dan membantu dalam pengurusan serta penyelarasan pusat media.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Pembantu Penerangan Gred S17 membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

No comments:

Post a Comment