Ads GA Leaderhead

Sinopsis Drama Cinta 100kg TV3

Sinopsis Drama Cinta 100kg TV3 | Cinta 100kg mengisahkan Wati (Sharifah Amani) yang baru sahaja putus cinta dengan teman lelakinya Faliq (Naque Arifin). Faliq inginkan wanita cantik. Tidak seperti Wati yang kelihatan seperti tomboy. Dek kerana itu, hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.

Dian (Sherry Al Hadad) mempunyai buah hati bernama Khairul (Fezrul Khan). Dian sering merasa cemburu melihat kekasihnya Khairul keluar bersama pramugari yang jauh lebih kurus dan cantik darinya.

Wati cuba untuk mendekati Shahril (Zain Saidin). Manakala konflik Dian dan Khairul semakin buruk, tambahan lagi Dian baru sahaja menemu ramah seorang bekas pramugari yang bercerai kerana bekas suaminya lari ikut model.

Wati setiap hari asyik bercerita tentang Shahril di depan Dian. Ini membuatkan Dian merasakan Wati tidak sensitif. Obsesi Wati terhadap Shahril akhirnya membuatkan dia bergaduh dengan Dian.

Khairul memuji masakan Rozie (Ruzana Ibrahim). Dian yang tak reti memasak tekad ingin melawan Rozie. Tapi kesemua cubaan untuk memasaknya menemui kegagalan! Wati cadangkan Dian agar menipu. Tina (Safiah Hanifah) masakkan kuih dan Dian mengaku itu masakannya.

Wati berdepan dengan masalah abangnya yang selalu lewat masuk kerja. Wati mendapatkan nasihat ayahnya bagaimana untuk berhadapan dilemma keluarga dan kerjaya. Berjayakah Dian memikat perut Khairul dengan muslihatnya? Adakah hubungan Wati dan Shahril akan berjaya? Saksikan segalanya dalam drama Cinta 100kg di kaca tv anda.

Pelakon Drama Cinta 100kg TV3
Dian – Sherry Al Hadad
Wati – Sharifah Amani
Khairul – Fezrul Khan
Zain – Ingku Hariz
Shahril – Zain Saidin
Rozie – Ruzana Ibrahim
Tina – Safiah Hanifah
Wadi – Megat Sharizal
Wanzi – Jay Iswazir
Dr Farid – Tuan Faisal Azmy
Wan Jamal – Azman Hassan
Ms Sofia – Intan Nor Saina
Rozita – Sabrina Hassan
Faliq – Naque Arifin
Siti Sarah – Nur Syafiqah Nasratullah
Megat – Surnia Fizul

Sinopsis drama cinta 100kg TV3, pelakon dan gambar drama cinta 100kg TV3
Gambar Drama Cinta 100kg TV3

Saksikan drama Cinta 100kg
Tarikh Cinta 100kg mula disiarkan: 5 Mac 2016
Jumlah episod drama Cinta 100kg: 20
Cinta 100kg episod akhir – episod 20
Hari: Jumaat - Ahad
Jam: 7.00 – 8.00 malam
Saluran TV3

No comments:

Post a Comment