Buaian
Baby Cara Mudah Tidurkan Bayi/ Anak Kecil | Mesti
pening bila menghadapi kesukaran untuk tidurkan anak. Bayi mengantuk tapi
enggan ditidurkan. Tidak cukup tidur membuatkan anak mudah mengamuk. Haa, bagi
aku cara mudah nak tidurkan bayi adalah dengan menggunakan buaian baby. Buaian sarung
tu. Ada yang panggil buaian bayi.
Berapa harga buaian bayi, apakah jenis
buaian bayi dan di mana nak beli buaian
bayi murah. Ha, nak tahu segala maklumat di atas kita boleh terus kunjungi
kedai. Mesti ada tertera buaian bayi
untuk dijual. Jualan buai bayi moden,
menjual buaian bayi mudah alih, buaian bayi elektrik dan pelbagai macam
barangan bayi.
Buaian baby cara mudah tidurkan bayi dan anak kecil |
Tips menidurkan anak dengan mudah,
senang, semudah kacang: CARA MUDAH TIDURKAN ANAK MUDAH MACAM KACANG!
Bagaimana
Cara Mudah Tidurkan Bayi Dengan Cepat?
Buaian baby fungsinya untuk membuai
bayi. Bayi suka dibuai untuk cepat tidur. Disarankan guna sarung buaian bayi
jenis jala. Ala kain sarung buaian yang berlubang-lubang tu. Yang tu elastik
yang orang panggil buaian sarung moden.
Elak menggunakan kain batik atau kain pelikat
sebagai sarung buaian bayi sebab dikhuatiri mendatangkan bahaya pada bayi. Yang
ni orang panggil buaian sarung
tradisional. Banyak bukti mengenai bahaya tidur dalam buaian sarung
melibatkan buaian sarung tradisional. Jadi, kita pilih, beli dan gunakan buaian
sarung jenis moden.
Bayi suka berada dalam buaian baby dan mudahkan mereka untuk lelapkan mata. Pakar mengatakan, bayi berasa
tenang dengan berbuai sebab ia seakan-akan pergerakan berbuai yang mereka
rasakan semasa berada dalam rahim ibu mereka. Apabila bayi diletakkan dalam
buaian sarung, beratnya akan menarik fabrik di sekelilingnya, mewujudkan
keadaan seakan-akan berada dalam rahim.
Bayi dalam fasa mengantuk, akan ambil
masa yang singkat untuk lena dalam buaian baby. Namun jika bayi tidak
mengantuk, mungkin memerlukan sedikit masa sambil kita mendodoikan mereka
dengan lagu ataupun mengalunkan zikir
tidurkan anak.
Ermm tak susah tidurkan anak,
melainkan jika mereka mengalami masalah lain. Yang tu mungkin akan menyukarkan proses
tidur mereka seperti mengalami kembung perut, demam, batuk, selsema dan
sebagainya. Kalau anda nak bayi korang tidur cepat, lena cepat, supaya anda
boleh buat kerja lain, gunakanlah buaian baby. Begitulah cara mudah tidurkan bayi kita. Ketahui: Kebaikan & Keburukan Anak Tidur
Buaian Baby.
Cara
Mengenal Pasti Tanda-Tanda Bayi Mengantuk
- bayi menguap berulang kali
- bayi menggosokkan matanya
- bayi meyebamkan mukanya di bahu kita
sambil menggosok mukanya
- bayi keresahan
- bayi merengek tapi bukan sebab lapar
atau lampin/ pampers basah
Itulah tanda-tanda bayi bersedia untuk
tidur. Mengantuk dah matanya tu. Letak kat tilam terus lena. Tapi ada juga bayi
yang nak didodoikan dahulu di dalam buaian baby. Dah terbiasa. Letak je dalam buaian
sarung, terus lena tidur.
Melayan anak seharian kengkadang stress.
Kengkadang bikin hati gembira. Cara mudah hilangkan stress + buat diri senyum sengsorang: BAYI BUAT LAWAK - PERASAN DIRI COMEL SANGAT!
Moga perkongsian buaian baby cara mudah tidurkan bayi/ anak kecil membantu anda
tidurkan anak dengan mudah dan cepat. Bayi yang mempunyai tidur yang mencukupi
akan sentiasa mempunyai mood yang ceria, gembira, riang ria dan suka bermain.
No comments:
Post a Comment