Perancangan
Sertai Pelaburan Emas Fizikal & Fahami Cara Melabur Emas |
Sana sini orang duk promote belilah emas fizikal. Buat pelaburan emas powergold,
public gold. Melabur emas akan membawa keuntungan di masa hadapan. Pelaburan
emas 2016! Bestnya kalau banyak duit, nak beli gold bar banyak-banyak! Buat simpanan
masa sekarang, jual di masa akan datang. Tengok harga emas terkini, harga emas mencanak
naik! Untung melabur emas!
Ada banyak pelaburan emas bank
antaranya pelaburan emas Ar Rahnu, pelaburan emas Bank Rakyat, pelaburan emas Maybank,
pelaburan emas CIMB, errr kena timba ilmu pasal melabur emas ni. Blur. Nanti i terjah
k.
Perancangan sertai pelaburan emas fizikal dan fahami cara melabur emas |
Mereka kata nilai mata wang Ringgit naik
turun, tapi harga emas akan sentiasa meningkat naik! Semakin mahal dari tahun
ke tahun. Menjentik diri aku nak turut serta menyertai pelaburan emas fizikal.
Tapi langkahnya belum start lagi. Masih mengenali apa itu pelaburan emas.
Memahami teknik pelaburan emas dan selidik hukum pelaburan emas.
Kepentingan emas sebagai penyelamat
kejatuhan wang Ringgit! Bagaimana tu? Rakyat Malaysia
disaran membuat pelaburan emas fizikal bagi membantu mengurangkan kesan
daripada penurunan nilai ringgit dan pertumbuhan perlahan ekonomi sekarang. Pelaburan
emas fizikal memainkan peranan penting dalam situasi ekonomi berbeza dan ia
merupakan instrumen paling mudah diurusniagakan.
Membeli emas powergold dalam bentuk gold bar |
Harga emas ditetapkan berdasarkan harga antarabangsa dan didagangkan dalam mata wang dolar AS, jadi jika nilai ringgit jatuh berbanding dolar AS, ia akan memberi kelebihan kepada pemilik emas. Harga emas dijangka terus meningkat selari dengan perdagangan antarabangsa kerana faktor pertumbuhan ekonomi global yang tidak memberansangkan menyumbangkan sentimen positif kepada pasaran emas. Kredit: Rakyat Malaysia disaran labur emas fizikal
Sekarang ni makin ramai membeli dan
menyimpan emas berbanding menyimpan wang di bank. Aku..ehem-ehem masih lagi
simpan duit kat bank. Menyimpan dan melabur wang dalam Amanah Saham Bumiputera
(ASB), Sijil Simpanan Premium (SSP BSN). Akan datang, insha Allah nak sertai
pelaburan emas pula. Nak penuhkan ilmu di dada perihal melabur emas ni. Ada
ilmu, baru syok membuat pelaburan. Kan kan..
No comments:
Post a Comment