Ads GA Leaderhead

Gaji, Kelayakan & Tugas Inspektor Polis

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Inspektor Polis | Ingin menjadi inspektor polis? Nak tahu apa kelayakan inspektor polis? Berapa gaji inspektor PDRM dan juga apa tugas inspektor polis. Ada yang nak tahu gaji inspektor polis termasuk elaun. Baca selanjutnya.

Pengambilan polis inspector 2016 telahpun dihebahkan sebelum ni. Pengambilan inspektor polis 2016, jika anda berminat jadi pegawai polis segera isi permohonan. Pengambilan pegawai polis jawatan inspektor polis sentiasa ada setiap tahun. Jika anda memenuhi syarat, anda berpeluang untuk merealisasikan cita-cita anda, mana tahu boleh naik pangkat polis. Berkat kegigihan bekerja. Kriteria permohonan boleh baca di bawah, ianya juga sama untuk syarat kelayakan inspektor polis wanita.

gaji inspektor polis 2016, kelayakan dan tugas inspektor polis, gaji inspektor polis termasuk elaun, jawatan inspektor polis, syarat kelayakan inspektor polis wanita, pangkat polis, gaji inspektor pdrm, pengambilan inspektor polis 2016, pengambilan polis inspector 2016, pengambilan pegawai polis
Gaji, Kelayakan & Tugas Inspektor Polis

Gaji Inspektor Polis
Gred gaji bagi jawatan inspektor polis ialah YA13. Gaji inspektor polis 2016 sekitar RM2,329 sehingga RM8,883. Manakala untuk kadar gaji tahunan inspektor pula berjumlah RM230.

Kelayakan Inspektor Polis (Lelaki dan Wanita)
1. Warganegara Malaysia
2. Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh
pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA)
3. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4. Kepujian dalam BM peringkat SPM
5. Lulus ujian pemeriksaan fizikal. Info lanjut rujuk sini: Inspektor Polis

Deskripsi Tugas Inspektor Polis
Inspektor polis menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.

Antara tugas inspektor polis ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Inspektor Polis membantu mereka yang ingin menjadi pegawai polis PDRM. Semoga maju jaya. 


Permohonan Dan Pengambilan Polis PDRM:

No comments:

Post a Comment