Bayi
12 bulan boleh buat apa? Nak tahu? Jom lihat ciri-ciri pertumbuhan bayi dan kelakuan anak kita ketika umur baby 12
bulan. Juga ketahui tanda-tanda perkembangan
anak di usia bayi 12 bulan.
Perkembangan
Bayi Anak Kita Pada Usia 12 Bulan (Perkembangan Bayi Umur 1 Tahun)
1. Bayi sudah
hampir boleh berjalan
Kebanyakan bayi di usia 12 bulan ini,
sudah menunjukkan tanda-tanda mereka berjengket sambil mengarah kaki mereka ke
luar untuk berjalan. Cepat atau lambat anak pandai berjalan bergantung pada
seseorang.
2. Bayi sudah
pandai makan sendiri
Ketika ini juga, bayi usia 1 tahun
sudah pandai makan sendiri dan menggunakan sudu, walaupun belum begitu cekap
dan makanan seringkali tidak sampai ke mulutnya.
3. Memudahkan
waktu tidur
Bayi yang berusia 12 bulan ataupun
umur kanak-kanak 1 tahun, akan semakin enggan untuk tidur di siang hari dan
kemahuan berdikari ini akan membuatkan bayi anda meragam semasa waktu tidur.
Mengikuti rutin tidur yang tetap,
seperti mandian atau membaca buku cerita sebelum tidur, mungkin boleh membantu
bayi anda tidur. Elok jika diadakan "urutan" yang konsisten bagi
rutin tidur ini. Berikan bayi makan, mandikan dia, pakaikan pakaian tidur,
bermainlah dengannya, atau bacakan buku cerita, atau nyanyikan lagu, mainkan
muzik dan kemudian barulah baringkan dia di katilnya.
Apa sahaja langkah yang diambil,
jadikan ia satu rutin yang tetap, yang juga memberikan anda dan bayi anda masa
yang lebih panjang untuk bermesra dan berehat. Anda juga boleh bersilih ganti
menjalankan rutin tidur ini bersama suami anda (anda mandikan bayi, suami anda
membacakan buku cerita dan lain-lain cara) pada setiap malam, atau, untuk
meringankan tugas dan membenarkan anda berdua berehat beberapa kali seminggu,
cuba menidurkan bayi anda secara bergilir-gilir.
4. Bayi sukar
berpisah
Bayi 12 bulan akan menunjukkan
perangai meragam disebabkan bimbang berpisah. Ini perkara biasa: dia menyayangi
anda dan memerlukan anda, jadi dia akan berasa tertekan apabila anda
meninggalkannya. Kredit: Perkembangan
bayi anda pada usia 12 bulan
Gambar Bayi Usia 12 Bulan |
Cara
Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 12 Bulan
1. Turut serta
dalam permainan baru bayi
Pada masa ini, permainan bayi mula
berubah dari permainan yang membangunkan kemahiran motor halus (dia sudah mahir
mencengkam dengan ibu jari dan jari telunjuknya) dan mula beralih kepada
permainan yang melatih otot-otot yang lebih besar.
Sesetengah kanak-kanak pada umur ini
sudah boleh menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti yang senyap selama
dua hingga lima minit – walaupun bayi mungkin lebih gemarkan permainan yang
bukan jenis senyap.
Memang, bagi bayi, perbuatan menolak,
membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara
yang menyeronokkan.
Dia suka memberikan anda alat mainan
tapi dia juga akan mengambil alat mainan daripada anda, dan dia juga suka
meletakkan barang seperti bongkah ke dalam bekas dan mengeluarkan semuanya
semula. Periuk dan kuali juga boleh digunakan untuk ini – dia pandai meletakkan
periuk yang kecil ke dalam periuk yang lebih besar dan akan seronok mendengar
bunyi bising yang terhasil apabila periuk dan kuali berlaga-laga.
2. Mengajar anak
menggunakan bahasa
Walaupun pada tahap ini bayi hanya
boleh bertutur beberapa perkataan selain "mama" dan "dada",
didapati kebanyakan bayi yang berusia satu tahun boleh menyebut ayat pendek
dengan menggunakan nada yang betul walaupun kedengaran seperti bahasa asing.
Pada masa ini, bayi anda sudah boleh
memberi respon kepada soalan dan arahan yang mudah, terutamanya jika anda
membantunya dengan menggunakan pelbagai isyarat tangan. Contohnya, tanyalah
"Di mana mulut kamu?" dan tunjukkan ke arah mulutnya. Atau cuba,
"Tolong ambilkan cawan" dan tunjukkan ke arah objek itu. Bayi anda
mungkin menjawab dengan caranya tersendiri, dengan menggunakan isyarat juga,
seperti menggelengkan kepala untuk menyatakan "tidak".
Gunakan potensi penerimaan yang ada
pada bayi anda sekarang untuk mula mengajarnya bersopan santun dan membina
sikap suka membantu. Tekankan pentingnya kata-kata "sila" atau
"boleh ke?" dan "terima kasih". Di samping itu, jadikan
waktu mengemas alat mainan bayi anda satu masa yang menyeronokkan dengan
menjadikannya satu aktiviti mainan. Walaupun bayi anda mungkin kurang faham
akan maksud anda, bukanlah terlalu awal untuk membentuk tabiat ini.
3. Kerap
berinteraksi dengan bayi dan mengajar nama benda perkara sekeliling
Anda memainkan peranan penting dalam
membantu bayi anda menghubung kaitkan objek dan nama sesuatu objek itu -
semakin kerap anda melakukannya, semakin cepat perbendaharaan kata bayi anda
akan berkembang. Sentiasalah bercakap dengan bayi anda dan menamakan benda.
Apabila menaiki tangga, kira bilangan
tangga satu persatu dan jika berada di pasar raya tunjukkan nama dan warna
buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada. Bacakan buku bergambar dan minta dia
tunjukkan atau namakan objek yang dikenalinya.
Pastikan anda memberikan dia pilihan
sekali-sekala. Tanya bayi anda sama ada dia mahu memakai stoking berwarna merah
atau biru; dia hendak bermain dengan bongkah atau gegelung bertingkatnya. Dia
mungkin tidak akan menjawab, tetapi kemungkinan juga dia akan menggembirakan
anda dengan menjawab apabila tidak dijangka.
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 12 bulan |
Bayi makin membesar dan kini umurnya
menginjak 12 bulan. Kenali anak anda
dengan mengetahui perkembangan bayi di
usia 12 bulan. Berikan sokongan dan galakkan kepada mereka sepenuhnya. Moga
bayi dan anak anda, membesar dengan sihat. Ambil bahagian dalam mendidik
anak-anak di rumah. Moga menjadi ibu bapa terbaik kepada bayi comel anda.
No comments:
Post a Comment