Bayi
11 bulan boleh buat apa? Ya, itu persoalan yang sering bermain
di minda sebagai seorang ibu muda. Sedikit perkongsian tentang ciri-ciri pertumbuhan bayi dan kelakuan anak kita ketika umur baby 11
bulan. Jom baca dan ketahui tanda-tanda perkembangan anak di usia bayi 11 bulan.
Perkembangan
Bayi Anak Kita Pada Usia 11 Bulan
1. Bayi 12 bulan
semakin suka berdikari
Bayi akan berusaha berdiri sendiri,
membongkok dan mencangkung. Bayi juga akan memegang tangan kita untuk memimpin
dirinya berjalan. Malah mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu kita
memakaikan pakaiannya.
Pada waktu makan, dia mungkin boleh
memegang cawan dan minum sendiri dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya
dengan sendiri. Bayi akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai minum ataupun
mungkin akan meletakkan cawan secara lembut.
2. Bayi suka
jatuhkan barang dari genggaman
Ketika usia ini, bayi suka menjatuhkan
objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain.
3. Bayi membentuk
peribadinya sendiri
Pada usia ini, bayi mula menjadi
asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari –
bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain. Dia
juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek
sekuriti untuk mendampinginya. Kredit: Perkembangan
bayi anda semasa usia 11 bulan
Gambar Bayi Usia 11 Bulan |
Cara
Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 11 Bulan
1. Dedahkan bayi
usia 11 bulan dengan buku
Bayi seronok melihat buku, walaupun
dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku
kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali.
2. Mula mengajar
apa yang boleh dan tidak boleh pada bayi (menetapkan batasan)
Bayi mungkin sudah boleh memahami
arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda
apabila anda mengatakan "tak boleh." (Untuk menegaskan ungkapan
tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.)
Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda
katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan
batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak.
Anda bukannya bersikap kejam jika anda
tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan.
Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan
serius dan katakan, "Jangan, itu menyakitkan kucing." Kemudian, ambil
tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut.
Dia lebih suka meneroka daripada
mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan
mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan
begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia
sekelilingnya bergerak dan wujud.
3. Bercakap dengan
bayi
Galakkan minatnya terhadap bahasa
dengan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya.
Interaksi seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua
hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan dan permainan sekejap-nampak,
sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya menajamkan daya ingatannya.
Pada usia ini, bayi mungkin boleh
mengajuk bunyi perkataan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu.
Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya
bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan
memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti.
Hargailah masa yang singkat tetapi
istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang.
Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya.
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 12 bulan |
Bayi makin membesar dan kini umurnya
menginjak 11 bulan. Kenali anak anda
dengan mengetahui perkembangan bayi di
usia 11 bulan. Berikan sokongan dan galakkan kepada mereka sepenuhnya. Moga
bayi dan anak anda, membesar dengan sihat. Ambil bahagian dalam mendidik
anak-anak di rumah. Moga menjadi ibu bapa terbaik kepada bayi comel anda.
No comments:
Post a Comment