Ads GA Leaderhead

Gaji, Kelayakan & Tugas Konstabel Polis

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Konstabel Polis | Ingin menjadi konstabel polis? Nak tahu apa kelayakan konstabel polis? Berapa gaji konstabel dan juga apa tugas konstabel PDRM. Ada yang nak tahu gaji konstabel polis termasuk elaun ataupun gaji dan elaun konstabel polis. Baca penerangan di bawah.

Hebahan! Pengambilan konstabel polis kini dibuka. Pemohon yang memenuhi syarat, sila datang untuk temuduga terbuka konstabel polis. Info kerja kosong konstabel: JAWATAN KOSONG KONSTABEL WANITA & KONSTABEL SOKONGAN 2016

gaji konstabel polis 2016, kelayakan dan tugas konstabel polis, gaji konstabel polis termasuk elaun, gaji dan elaun konstabel polis, konstabel gred ya1
Jawatan kosong konstabel

Gaji Konstabel Polis
Gred gaji bagi jawatan konstabel ialah YA1. Gaji konstabel polis 2016 sekitar RM1,014 sehingga RM3,517. Manakala untuk kadar gaji tahunan konstabel pula berjumlah RM100.

Kelayakan Konstabel Polis (Lelaki dan Wanita)
1. Warganegara Malaysia
2. Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh
pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA)
3. Lulus PMR / SRP
4. Kepujian dalam BM dan 4 mata pelajaran lain termasuk Matematik
5. Lulus ujian pemeriksaan fizikal. Sumber: Konstabel Polis Lelaki Dan Wanita

gaji konstabel polis 2016, kelayakan dan tugas konstabel polis, gaji konstabel polis termasuk elaun, gaji dan elaun konstabel polis, konstabel gred ya1
Gaji, kelayakan dan tugas untuk jawatan konstabel polis

Deskripsi Tugas Konstabel Polis
Konstabel polis menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.
 
Antara tugas konstabel polis ialah ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Konstabel Polis membantu mereka yang ingin menjadi anggota polis konstabel PDRM. Semoga maju jaya.


Permohonan Dan Pengambilan Polis PDRM:

No comments:

Post a Comment