Suntikan Anti Tetanus (ATT) Ibu Mengandung

Suntikan Anti Tetanus (ATT) Ibu Mengandung

Suntikan anti tetanus (ATT) juga dikenali sebagai vaksin kancing gigi. Bila dimaklumkan misi yang aku bakal dapat suntikan anti-tetanus, berpinar-pinar mata aku. Aku ingatkan bila mengandung, hamil macam tu je, sambil makan vitamin yang doktor bagi. Rupanya kena injection jugak! Hadoi! Gerun la. Sakit la jugak kalau kena suntikan anti-tetanus tu.

Apa Itu Suntikan Anti Tetanus (ATT)

Suntikan tetanus adalah vaksin yang disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh racun dari kuman yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Kuman tetanus boleh memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Ia akan merosakkan sistem saraf dan membunuh pesakit. Namun, ia boleh dicegah melalui suntikan vaksin anti-tetanus (ATT).

Suntikan anti tetanus (att) ibu mengandung dan hamil, apa itu suntikan anti tetanus vaksin kancing gigi, kepentingan suntikan anti tetanus buat ibu mengandung, perlukah suntikan anti tetanus ketika hamil, berapa kali ibu hamil dapat suntikan anti tetanus, hamil berapa minggu suntikan anti tetanus diberi wanita mengandung, suntikan anti tetanus sakit atau tidak, kesan suntikan anti tetanus pada bayi dan ibu mengandung, gambar suntikan anti tetanus

Kepentingan Suntikan Anti Tetanus Buat Ibu Mengandung

Nama vaksin anti tetanus adalah Tetanus Toxoid (TT) yang bertujuan melindungi ibu hamil dan anak yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantar ke bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Ia juga menghalang kelahiran pramatang.

Ibu mengandung akan diberi suntikan pelalian anti-tetanus (ATT) untuk mencegah ibu hamil dan bayi dari dijangkiti tetanus. Jangkitan tetanus mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut. Bahaya jangkitan tetanus ni, so kalau doktor cakap kita bakal kena injection anti-tetanus, dapatkan vaksin tersebut mengikut tarikh temujanji kita. Aku tahu pasal suntikan ATT ni pun melalui pembacaan kat Buku Pink Ibu Mengandung. Buku ni semua wanita hamil ada. Banyak maklumat dalam tu.

Berapa Kali Ibu Hamil Dapat Suntikan Anti Tetanus

Sekiranya pertama kali hamil, ibu mengandung akan di beri 2 kali suntikan anti-tetanus dan untuk kehamilan seterusnya hanya diberi sekali suntikan sahaja.

Hamil Berapa Minggu Suntikan Anti Tetanus Diberi Ibu Mengandung

Pemberian suntikan anti tetanus untuk ibu mengandung, aku rasa berbeza bagi setiap individu. Ada yang aku baca usia kandungan 5 bulan baru mereka dapat suntikan ni. Untuk aku sendiri lak, kali pertama dapat suntikan anti tetanus ketika kandungan aku 12 minggu. Suntikan ke 2 aku dapat masa aku hamil 16 minggu.

Suntikan anti tetanus (att) ibu mengandung dan hamil, apa itu suntikan anti tetanus vaksin kancing gigi, kepentingan suntikan anti tetanus buat ibu mengandung, perlukah suntikan anti tetanus ketika hamil, berapa kali ibu hamil dapat suntikan anti tetanus, hamil berapa minggu suntikan anti tetanus diberi wanita mengandung, suntikan anti tetanus sakit atau tidak, kesan suntikan anti tetanus pada bayi dan ibu mengandung, gambar suntikan anti tetanus

Suntikan Anti Tetanus Sakit Atau Tidak ???

Biarlah aku berterus-terang, suntikan anti tetanus ni memang sakit. Masa misi tu cucuk jarum kat bahu aku, punya la lama aku rasa. Rasa sakit tu menyerap ke dalam. Aku siap tanya kat misi tu lagi. Kena injection ATT ni memang sakit macam ni ke? Si misi yang baik hati tu pun jawab, ya. “Ni ok lagi, sebab vaksin ni sejuk dalam peti ais. Kalau ia tak sejuk, lagi rasa sakit masa kena cucuk”.

Kesan Suntikan Anti Tetanus

Sesetengah orang bila dapat suntikan ATT ni sampai demam jadinya, mengalami alergi. Untuk diri aku pulak, so far alhamdulillah semuanya ok. Cuma rasa sakit kat bahagian bahu yang kena cucuk tu je la. Kemudian, ada bengkak sikit, kengkadang rasa gatal kat bahagian bengkak kena cucuk jarum tu. Rasa sakit tu boleh dirasai sehingga seminggu lamanya. Rasa penat kat tangan. Lepas seminggu, semua dah ok. Oh ya, yang misi tu pulak dia kata dia terus terdemam bila dapat injection ATT. Means aku kuat sikit dari dia. Hihihi…

Selain dapat suntikan ATT, ibu mengandung kena buat ujian gula dalam darah. Perkongsian info boleh baca kat bawah ni:

14 comments:

  1. Aisyah baru je dpt suntikan ni last week... misi bgtau, suntikan ni diorang akan bg once kita dah rasa baby gerak... so ikut je la, sbb 1st time preggy kan..hehe..Inshaa Allah checkup next month..suntik yg 2nd time punye pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya punya dah lepas..yey
      pertama kali suntik anti tetanus ni memang sakit
      kali kedua inject att dah ready. So x sakit sangat

      Delete
  2. awalnye yumida kena injection...sy msa ank 1st tu masa usia 5bulan dan 7bulan baru kena inject.. yg no.2 ni belum ada hint lg drp nurse..dia rasa ngilu masa ubat tu masuk, lps dh hbs ubat tu ok je.tp mmg skt sikit lebih skt drp amik darah kat lengan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa vaksin anti tetanus ni masuk terasa sangat
      aah yumida awal aritu
      hari pertama daftar kehamilan terus kena inject att

      Delete
  3. susah juga penjagaan ibu mengandung ni ye? abe kie follows your blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi follow
      tu la baru tahu pasal suntikan anti tetanus
      alhamdulillah banyak jugak dapat ilmu since dah mengandung ni

      Delete
  4. Adoi lemah tadi baru je kena suntikan tetanus ni... terus rasa badan sengal sengal dan letih... dah la kebas huhu....


    Www.syafierayamin.com

    ReplyDelete
  5. Baru kena pagi semalam. Ari ni terasa lagi bengkak. Nak angkat tangan pun x boleh. Nurse dah pesan suh amik mc kalau arini x ok. Malas pulak nak ke KK. Gagah je la keje.

    ReplyDelete
  6. baru je kena suntikan ni this week semasa 5 bulan hamil.. masa inject x sakit langsung, sy punya la dok tunggu bila nurse nk cucuk sb sy x pandang haha takut jarum..sedar2 dah siap rupanya.(in fact sy rasa amik darah kat lengan cek HB tu lagi sakit hmm) tapi lepas inject, balik tu mmg rasa penat/lenguh/sengal kat area kena injection tu and berlarutan skrg dah 3 hari pun dok rasa lagi especially bila angkat tgn.

    ReplyDelete
  7. Saya da 30minggu tp tak kena jab ATT.mebbe sbb follow up kt private. Tp rasanya dulu form 3/4 da pernah kena. Sy ingat ada 4 suntikan yg pernah dpt rubella, bcg, Tetanus dan hepatitis B. Pneumococol pun da amik.

    ReplyDelete
  8. ASSALAMUALAIKUM.
    MOHON COPY INFO YE.

    ReplyDelete
  9. Suntikan tetanus ni memang sakit rasa pedih tu seharian.. tapi apa bole buat sabar sajalah demi kesihatan.. tu ja yg mampu :)

    ReplyDelete
  10. Saya kena kesan lain pulak. semalam amek injection... pagi ni dada rasa sempit. nafas pendek2.... nak gi hospital ni... doakan saya tak kena tahan...lagi 3 hari nak raya ni...uwaaaaaa

    ReplyDelete
  11. Tadi baru je kena suntikan tetanus ni..sakit sikit je..tapi badan dah rasa lemau..effect dia kot..

    ReplyDelete