6 Cara Buat Bayaran Balik PTPTN

Cara Buat Bayaran Balik Hutang Pinjaman PTPTN | Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN? Berikut perkongsian tentang cara bayaran balik PTPTN melalui online / internet / banking, juga cara bayaran balik PTPTN melalui ATM, cara bayaran balik PTPTN melalui Maybank2u, Bank Islam, Cimb Clicks, termasuk kaedah bayar balik PTPTN melalui potongan gaji dan KWSP.

cara bayaran balik ptptn melalui online / internet / banking, cara bayaran balik ptptn melalui atm, cara bayaran balik ptptn melalui maybank2u, bank islam, cimb clicks, kaedah bayar balik ptptn melalui potongan gaji dan kwsp
6 Cara Buat Bayaran Balik PTPTN
Kaedah-kaedah bayaran balik pembiayaan adalah seperti berikut.

1. Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui Kaunter
Bayaran balik pinjaman PTPTN boleh dibuat menerusi urusan di kaunter Ibu Pejabat PTPTN, Pejabat PTPTN negeri di seluruh negara, One Stop Center PTPTN yang berpusatkan di KL Sentral dan Putrajaya.

Selain itu, bayaran hutang PTPTN boleh dibuat menerusi kaunter Urban Transformation Centre (UTC) Kuala Lumpur dan Perak, Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), di Bank Islam, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat dan di Pos Malaysia.

Cara Buat Pembayaran di Kaunter Bank & Pejabat Pos 
Minta borang bayaran balik PTPTN menerusi kaunter bank mahupun kaunter pejabat pos. Isikan butiran seperti berikut.
No. Akaun Penerima: No. Kad Pengenalan Penerima biaya
Nama Penerima: PTPTN-PEMBIAYAAN (No. Akaun PTPTN tidak diperlukan)
No. Bil/ Kontrak/ Rujukan: No. Rujukan Surat Tawaran/ No. Telefon Penerima biaya

2. Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui Potongan Gaji
Bagi yang merancang untuk membayar pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji, anda boleh ikuti langkah berikut. Sebagai makluman, potongan gaji untuk bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN diuruskan oleh PTPTN sepenuhnya.

Majikan tempat anda bekerja perlu melengkapkan 
Borang Pendaftaran Majikan (Potongan Gaji PTPTN) dan kemukakan kepada PTPTN. Bagi anda pula, perlu lengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji Bagi Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN dan kemukakan kepada PTPTN. Begitulah prosedur untuk memohon bayaran balik PTPTN menerusi potongan gaji.

3. Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui Online (Perbankan Internet)
Yang lebih suka bayar balik pinjaman PTPTN menerusi internet, berikut merupakan bank-bank yang menerima urusan bayaran PTPTN antaranya CIMB, Maybank, Public Bank, RHB Bank, Ambank, Pos Online, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank dan Affin Bank.

So far, sepanjang aku bayar hutang pinjaman PTPTN, kaedah yang aku pilih adalah perbankan internet. Mudah je nak bayar PTPTN menerusi online, menerusi banking je. Lagipun kita boleh tentukan berapa jumlah bayaran balik yang kita nak buat bulan-bulan.

Kebanyakan pembiaya menggunakan maybank2u dan cimb clicks untuk urusan membuat bayaran balik PTPTN. Aku sendiri guna maybank2u. Sangat-sangat memudahkan!

4. Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui Portal Rasmi PTPTN (e-FES)
Banyak kaedah nak buat bayaran balik PTPTN ni, anda juga boleh bayar PTPTN melalui e-fes menerusi Bank Islam, CIMB Bank, Public Bank, Maybank, Hong Leong Bank dan RHB Bank.

5. Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP
Boleh juga bayar balik PTPTN menerusi Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

6. Cara Bayaran Balik PTPTN Melalui ATM
Malah anda juga ada pilihan untuk bayar balik PTPTN menerusi Kad ATM atau Kad Debit - Electronic Data Capture (EDC) Terminal. Kad ATM atau Kad Debit bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS.

Itulah 6 kaedah cara membuat bayaran balik hutang PTPTN. Anda boleh pilih yang mana satu cara yang sesuai dengan anda. Yang penting kena buat bayaran balik PTPTN setiap bulan. Kalau langsung tak bayar, nanti dapat surat warning dari PTPTN. Lebih teruk jika nama disenaraihitam dalam rekod CCRIS juga blacklist oleh PTPTN (Baca: Semakan Senarai Hitam PTPTN). Naya woo..

6 comments:

  1. Morning♥
    byk sebenarnya cara kita nk bayar semula pinjaman ni..
    tiada sebarang alasan xnak bayar okey..
    kesian kat generasi yg akan dtg...
    mereka jugak memerlukannya..:)

    ReplyDelete
  2. thanks sbb bg solution untuk byar blik ptptn,,,
    now sy da thu ,,,,:)

    ReplyDelete
  3. Nk tnye mcm mne nk tau no offer letter tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas habis belajar surat suruh byr balik ptptn akan dikeluarkan, blh tahu nombor surat tawaran ptptn kat situ. pentingnya nombor offer letter ptptn sebab ia macam id kita utk isi ruangan membayar balik pinjaman ptptn.

      Delete
    2. surat dah xjmpa,mcmana sis

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete