Ujian BSP & MGTT - Check Gula Ibu Mengandung

Ujian BSP & MGTT - Check Gula Ibu Mengandung

Sebelum ni aku ada story pasal kisah Minum Air Gula Ketika Hamil & Ujian MGTT. Hasil ujian MGTT aku gagal! Bacaan glukosa dalam darah aku lepas minum air gula ialah pada tahap 8.0 mmol. Tak lulus bagi ibu mengandung. Doktor tak berkenan. Doktor pun keluarkan borang khas yang dinamakan 7 point BSP Chart.

Maksud BSP & Diabetis Semasa Hamil
Nama penuh BSP ialah Blood Sugar Profile. BSP test ni dijalankan ke atas ibu mengandung yang telah menjalani ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) sebelum ni dengan bacaan paras gula dalam darah melebihi 7.8 mmol. Ibu hamil yang mempunyai bacaan gula dalam darah yang tinggi yang tak lulus ujian MGTT wajib buat BSP test. Doktor akan bagi borang 7 point BSP Chart ni pada ibu mengandung yang disyaki ada diabetis. So, ibu comel macam aku ni terkena syak jugak. Hihi..

Gambar 7 Point BSP Chart

Ujian BSP & MGTT check gula ibu mengandung, 7 point bsp chart selepas ujian mgtt, bacaan glukosa dalam darah ibu mengandung, minum air gula ketika hamil, ujian mgtt, gambar 7 point bsp chart, maksud bsp - blood sugar profile, diabetis semasa hamil, prosedur ujian bsp ke atas ibu hamil, diet pemakanan ketika mengandung (GDM on diet control), diet sihat ketika hamil, kebaikan, kelebihan, manfaat, fungsi buat ujian bsp, prosedur ujian bsp
Haaa, macam ni la foto carta 7 point BSP tu. Kena ambil darah sebanyak 7 kali dalam sehari. Makan ikut jam dan masa. Ada peraturan makan.

Diet Pemakanan Ketika Mengandung (GDM on diet control)
Saranan doktor diet pemakanan ibu mengandung haruslah dijaga sepanjang kehamilan. Faktor makanan juga boleh menjadi punca kita mendapat kencing manis. Nasi harus diambil dalam kuantiti sedikit iaitu ¼ daripada pinggan. Banyakkan makan sayuran hijau, buah-buahan. Elakkan minum-minuman manis. Kurangkan pengambilan makanan berasaskan karbohidrat.

Bila pemakanan dijaga dengan teratur, konsep diet yang betul, inshaAllah akan membantu ibu mengandung tersebut mendapat kesihatan yang baik termasuk bayi dalam kandungan. Juga mencegah risiko mendapat kencing manis semasa hamil.

Prosedur Ujian BSP Ke Atas Ibu Hamil

Menurut doktor, ujian BSP ni aku kena buat setiap 2 minggu. Kemudian, keputusan bacaan gula dalam darah yang dah diambil dan dicatat dalam 7 point BSP chart kena tunjuk kat doktor untuk dia review. Aku start buat ujian BSP ni masa usia kandungan aku 15 minggu.

Sampai bila buat ujian BSP? Persoalan tu pernah berlegar kat kepala aku. Tertanya-tanya, sampai bila ibu mengandung perlu buat ujian BSP ni. Kemudian aku pun tanya kat misi. Misi cakap masa dia pregnant dulu pun ada jugak buat BSP test ni, sehingga kandungan dia mencecah 36 minggu baru dah tak ada lagi buat ujian ni. Ooo..lama jugak. Aku ingatkan 2-3 bulan je. Rupanya sampai trimester ketiga kehamilan. Sampai sekarang aku masih konsisten buat ujian BSP ni. Bertindak mengikut arahan! Hihihi..

Apa Kebaikan Buat Ujian BSP ???

Macam diterangkan kat atas, ujian BSP ni untuk mendapatkan bacaan gula dalam badan kita. Terutamanya di kalangan ibu mengandung, amat penting kesihatan dijaga dengan baik sepanjang kehamilan. Penyakit kencing manis amat merbahaya. Bukan sahaja pada ibu mengandung malah mendatangkan risiko buat bayi dalam kandungan. Itulah kebaikan bila buat ujian BSP. Memantau kesihatan dan pengawalan ke atas makanan yang kita makan.

Kisah ibu mengandung & persediaan hamil:

10 comments:

  1. adeh leceh kan klo bila dh sangkut...sy next minum airgula time 28w..uwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu kena redah je bila kantoi result air gula

      Delete
  2. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete
  3. Hehehe cx Alhamdulillah dua kali MGTT lepas. Syukur sgt. Huhu

    ReplyDelete
  4. Salam.. saya dah on insulin since 5/5. Bacaan masih tak cantik..maybe makan tak ikut masa. Sedang berusaha nak makan on time sebab tuntutan kerja tak menentu.Dah jumpa pakar pemakanan last week..masalah utama sekarang bacaan kul 6 pagi tu masih tinggi>5 mol...Bole share petua tak puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. petua tu tak adalah sangat. cuma elakkan ambil makanan manis, kurangkan makanan yg ada karbohidrat, makan ikut masa seperti tercatat dalam borang tu

      Delete
    2. sy mnum jus peria campur epal hijau kul10 mlm sblum start puasa. alhamdulillah, bacaan mmg <5. xpyh mnum byk, suku gelas je

      Delete
    3. sy mnum jus peria campur epal hijau kul10 mlm sblum start puasa. alhamdulillah, bacaan mmg <5. xpyh mnum byk, suku gelas je

      Delete