Ketahui 5 Cara Penjagaan Payudara Semasa
Hamil | Penjagaan
payudara ketika hamil adalah penting. Ia bertujuan sebagai persiapan buat
ibu mengandung untuk proses menyusui bayi kelak. Berikut merupakan tips
penjagaan payudara ketika saat hamil dan mengandung.
5 Cara Penjagaan Payudara Semasa Hamil
1. Pernah
merasai sakit payudara ketika hamil? Itulah situasi berlaku di mana bra
yang digunakan oleh wanita mengandung / ibu hamil telah sempit. Jadi,
bertukarlah kepada bra baru yang saiznya lebih besar. Faham-faham je la, bila
dalam keadaan mengandung buah dada kita menjadi besar. Tetek / nenen akan sakit
bila masih gunakan bra lama.
Bra (baju
dalam) yang besar dan selesa akan membantu sirkulasi di sekitar payudara untuk
lebih mudah dalam proses penghasilan susu dalam tempoh kehamilan tersebut.
2. Ini
yang aku nak beli pada penghujung kehamilan, iaitu nak beli bra penyusuan.
Rupanya susah juga nak cari dan beli bra penyusuan, bra ni tak di jual
di pasaraya biasa. Rasanya butik ibu mengandung baru ada jual kot. Jadi aku
frust tak dapat beli bra penyusuan.
Tips
dalam membeli bra penyusuan: Pilih saiz bra penyusuan yang sesuai dengan
ukuran payudara. Ukuran yang salah boleh menyebabkan jangkitan pada kelenjar
susu.
Tips penjagaan payudara ketika hamil dan mengandung |
3. Memasuki
kehamilan trimester kedua yang mana bermulanya usia hamil 4 bulan hingga akhir
kehamilan, ibu mengandung digalakkan membuat senaman pada buah dada. Caranya: Memutar
lembut puting payudara lebih kurang untuk tempoh 15 saat setiap sebelah sewaktu
mandi. Tujuannya membantu sirkulasi di bahagian tersebut agar lebih mudah untuk
menyusui bayi kelak.
4. Pada
peringkat akhir kehamilan di usia hamil 9 bulan, ibu mengandung digalakkan
untuk memicit atau mengurut lembut payudara terutama di sekitar aorela dan
puting untuk membantu pembukaan saluran susu.
5. Elakkan
membersihkan bahagian puting susu dengan sabun kerana ia boleh menyebabkan
bahagian tersebut mengalami kekeringan. Sumber: Penjagaan
buah dada semasa hamil
Itulah 5 cara penjagaan
payudara semasa hamil,
part nombor 4 dan 5 tu, aku pernah dengar taklimat menerusi misi kat klinik
kesihatan. Seronoknya masa mengandung dulu, aku tak alami alahan mengandung
yang teruk, alhamdulillah. Cuma part bersalin tu, sakit contraction sentiasa
datang, tu yang paling menakutkan. Huhu.. Sungguhpun sakit, dalam kepala aku
dah set nak baby ke 2 lagi. Hihihi.. Doakan aku moga dimurahkan rezeki.
No comments:
Post a Comment