Bayi
Meragam Sembelit Tak Dapat Buang Air Besar (BAB) Sukar Berak
| Runsing bila berdepan anak tak dapat berak. Baby Amirah mengalami sembelit
selama 3 hari dah. Biasanya hari ketiga sembelit, aku dan hb akan masukkan ubat
cecair enema. Supaya memudahkan dia untuk buang air besar.
Hari pertama sembelit, baby Amirah dah
merengek-rengek. Terdengar dengusan dia meneran nak berak, tapi tahi tak juga
keluar. Hari kedua, pun sama juga, kadang-kadang menangis, sambil cuba nak push
taik. Kesian tengok. Hari ketiga, kami periksa perut dia, kalau keras kami akan
masukkan ubat untuk berak.
Ini bukan kali pertama baby Amirah
kena sembelit. Rasanya ni kali ke-3 dia sembelit. Menurut pembacaan aku kat
blog doktor, sembelit ni berpunca dari susu formula. Sembelit biasanya terjadi
usia bayi 4 bulan ke atas. Sumber: Sembelit
di kalangan bayi dan kanak-kanak
Gambar bayi mengalami sembelit |
Sah! Memang usia baby Amirah dah 4
bulan sekarang ni. Manakala penyusuan pula bergantung 100% pada susu formula.
Susu formula dikatakan sukar dihadam bayi dan diserap masuk ke dalam usus bayi yang
akhirnya menyebabkan punca sembelit. Bayi yang minum susu formula mudah
mendapat sembelit berbanding bayi menyusukan susu ibu.
Kesian kat anak mak. Sabar ye baby
Amirah. Teran kuat-kuat. Mana tahu tahi tetibe keluar. Mudah-mudahan. Walaupun
sembelit, tapi baby Amirah masih lagi kuat berkentut. Hihi.. Terasa vibrate
kentut masa pangkukan dia.
No comments:
Post a Comment