Perkembangan Bayi Usia 10 Bulan

Bayi 10 bulan boleh buat apa? Ya, itu persoalan yang sering bermain di mindaku sebagai ibu baru. Bulan Mei 2016, usia baby Amirah bakal mencecah umur 10 bulan. Nah, nak kongsi ciri-ciri pertumbuhan bayi dan kelakuan anak kita ketika umur mereka 10 bulan. Jom baca dan ketahui tanda-tanda perkembangan bayi di usia 10 bulan.

Perkembangan Bayi Anak Kita Pada Usia 10 Bulan
1. Bayi sudah pandai merangkak
Umur bayi 10 bulan, ketika inilah bayi sudah mahir merangkak.

2. Bayi boleh duduk dengan yakin
Bahkan, bayi juga sudah boleh duduk dengan sendirinya dan penuh yakin.

3. Berjalan dengan berpaut pada perabot
Namun, bayi 10 bulan belum boleh lagi jalan dengan lancar. Mereka masih berpaut pada perabot ketika cubaan untuk berjalan.

4. Bayi suka memanjat
Ketika sudah terer merangkak, hobi bayi suka memanjat tangga. Bahkan memanjat almari, kerusi, meja dan sebagainya.

5. Suka memegang barang dan memasukkan barang ke dalam mulut
Usia 10 bulan, bayi suka memegang barang, mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan meletakkan objek tersebut ke dalam mulut untuk dijilat atau dirasa.

6. Personaliti makin berkembang
Bayi menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu.

Gambar Bayi Usia 10 Bulan
Perkembangan anak anda usia bayi 10 bulan, cara mendidik mengajar anak pada usia bayi 10 bulan, tingkah laku sikap bayi umur 10 bulan, ciri-ciri pertumbuhan bayi usia anak kita 10 bulan, bayi 10 bulan boleh buat apa, gambar bayi usia 10 bulan

Cara Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 10 Bulan
1. Menangani rasa takut dialami bayi
Bayi akan menjadi takut apabila tidak biasa sesuatu perkara, contohnya bunyi loceng atau telefon. Cara menenangkan bayi adalah dengan meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya.

2. Mengajar bayi bercakap dengan betul
Bayi sudah mula memahami banyak perkataan mudah, sebagai ibu bapa adalah penting untuk kita terus bercakap dengannya agar memberikannya galakan untuk setiasa bercakap. Jika bayi meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu susu?"

3. Memberi pujian sebagai tanda galakan
Apabila bayi suka bercakap seperti mulut murai, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Proses ini membantu bayi untuk menjadi petah bercakap.

4. Kerap bercakap dengan bayi
Bercakap dengan bayi, menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.

5. Bayi mula faham konsep hubung kait
Bayi memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang kita.
 
Perkembangan anak anda usia bayi 10 bulan, cara mendidik mengajar anak pada usia bayi 10 bulan, tingkah laku sikap bayi umur 10 bulan, ciri-ciri pertumbuhan bayi usia anak kita 10 bulan, bayi 10 bulan boleh buat apa, gambar bayi usia 10 bulan
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 12 bulan

Bayi makin membesar dan kini umurnya menginjak 10 bulan. Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 10 bulan. Berikan sokongan dan galakkan kepada mereka sepenuhnya. Moga bayi dan anak anda, membesar dengan sihat. Ambil bahagian dalam mendidik anak-anak di rumah. Moga menjadi ibu bapa terbaik kepada bayi comel anda.

No comments:

Post a Comment