Harga Botol Susu Thermos

Masuk ke Butik Anakku, nak beli stroller sebenarnya. Tetapi terpandang botol susu besi yakni botol susu thermos kat rak jualan. Selama ni pernah tengok kat Facebook je, tak sangka tengok depan-depan lagi comel rupanya botol susu thermos ni. Excited nak tahu berapa harganya.

Gambar Botol Susu Thermos 
Harga dan gambar botol susu thermos, beli botol susu thermal, botol susu besi dijual secara online dalam Facebook, kelebihan dan ciri-ciri botol susu thermos, botol susu stainless steel

Aku pun ambil saiz sederhana mungkin isinya boleh memuatkan 120ml susu. Atau 4 oz air susu. Sekali belek, nah harga botol botol susu thermos secomel tu RM98. Gulp! Terjuling seketika aku nengok harga tu. Mahalnya.

Ingatkan harga tu boleh dapatkan botol susu thermal yang saiz besar. Terus cancel nak beli. Mungkin jenama tu kot yang buatkan harganya jadi mahal. Sebab harga sesuatu barang tu bergantung pada jenama.

Ciri-Ciri Botol Susu Thermos
Harga dan gambar botol susu thermos, beli botol susu thermal, botol susu besi dijual secara online dalam Facebook, kelebihan dan ciri-ciri botol susu thermos, botol susu stainless steel

Kelebihan Botol Susu Thermos:
Suhu susu dijamin panas lebih lama berbanding penggunaan botol susu plastik. Sangat sesuai untuk dibawa ketika travel jauh-jauh, ketika keluar membeli-belah. Tak perlu risau tentang suhu air susu sejuk ke atau masih panas.

Memandangkan jeles tak dapat beli. Aku pun sempat bisik kat hb. Tak apa, tak dapat beli botol susu thermos nanti kita letak air susu dalam botol thermos yang besar tu. Lagi jimat. Kikiki… 

4 comments:

  1. Replies
    1. hihi..mahal kan botol susu thermos ni
      bestnya kalau ada yang hadiahkan..senang untuk travel jauh2

      Delete
  2. Xde yg murah skit ke?? jnama lain ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga botol susu thermos memang agak mahal
      boleh cuba cari kat facebook, kalau tak silap yang kat facebook tu ada jual murah sikit botol susu besi ni

      Delete