Perkembangan Anak: Usia Bayi 4 Bulan

Alhamdulillah usia baby Amirah dahpun menjangkau 4 bulan. Tak sabar nak tunggu baby Amirah besar, boleh berjalan, pergi sekolah, tolong maknya kat dapur. Best3x.. Untuk ibu baru macam aku ni, mesti tertanya-tanya apa bayi 4 bulan boleh buat? Jom ketahui perkembangan anak pasal baby Amirah.

Perkembangan anak: usia bayi 4 bulan, apa bayi 4 bulan boleh buat, pengalaman ibu ada bayi 4 bulan, perubahan anak umur 4 bulan, apa yang kita perlu tahu pasal bayi 4 bulan, didik anak 4 bulan
Amirah Alya umur 4 bulan

PERKEMBANGAN ANAK: USIA BAYI 4 BULAN
Suka hisap jari
Iye, baby Amirah umur 4 bulan tu suka sangat hisap jari. Sampai basah jari-jari dia. Kadang-kadang sampai bunyi tercekik, sebab tercucuk jari jauh ke dalam mulut.

Suka pegang baju dan kain
Baby Amirah suka pegang baju maknya. Tangannya dah pandai menggenggam barang dengan baik. Benda yang ringan la. Contoh aku selalu bagi kain untuknya pegang semasa nak kemas dia masa mandi. Kemain suka dia ramas-ramas kain tu.

Suka tengok warna yang terang
Baby Amirah letak depan tv terus leka menonton tv, dah macam orang besar. Padahal usia 4 bulan je. Dia suka tengok tv yang berwarna-warni. Juga kalau aku pakai baju yang ada gambar terang. Mesti dia pegang / sentuh kat gambar baju tu. Matanya fokus tengok gambar baju.

Suara semakin nyaring dan kuat membebel
Eh baby Amirah suka membebel sekarang. Entah apa yang disebutnya. Suaranya makin nyaring. Lagi la kalau dia menangis, huhu cepat-cepat aku pergi dapatkan dia. Tinggi betul vokal dia. Boleh jadi penyanyi.

Suka berkomunikasi dan senyum kat orang
Baby Amirah kalau tengok sikit dia mesti hadiahkan senyuman. Termasuklah orang luar. Suka tayang gusi rongak dia buat orang geram nak cium pipi gebu dia.

Perkembangan anak: usia bayi 4 bulan, apa bayi 4 bulan boleh buat, pengalaman ibu ada bayi 4 bulan, perubahan anak umur 4 bulan, apa yang kita perlu tahu pasal bayi 4 bulan, didik anak 4 bulan
Perkembangan baby Amirah usia 4 bulan

Kuat minum dan berat makin naik
Umur 4 bulan berat dah cecah 6.7kg. Part menyeksakan bila jalan shopping tak guna stroller. Fuh, berketul-ketul lengan jadi mak sado dan bapak sado. Baby Amirah makin kuat minum susu.

Sering mengalami sembelit
Bulan Disember 2015 ni, dah 3 kali baby Amirah kena sembelit. Kesian tengok dia merengek-rengek meneran nak berak. Menurut pembacaan aku, bermula usia bayi 4 bulan, bayi yang minum susu formula akan mudah mengalami sembelit. Aaaa…kesian kat baby Amirah.

Mula belajar memusingkan badan untuk meniarap
Bila letak baby Amirah kat tilam, dia akan pusingkan badannya dan cuba untuk meniarap. Tapi belum berjaya lagi la. Dan aku akan bantu, bagi sokongan untuk dia meniarap. Meniarap pun sekejap je, al maklum la, si budak gemuk tu tak tahan. Hahaha..

Wokeh, itu je la pemerhatian aku terhadap perkembangan baby Amirah: Perkembangan Anak Di Usia Bayi 4 Bulan. Seronoknya menjadi ibu. Pengalaman paling berharga dapat melihat perkembangan anak satu per satu. Alhamdulillah, mensyukuri nikmat memiliki cahaya mata anugerah dariNya.

Ketahui lebih terperinci info bayi dan cara mendidik anak 4 bulan: PERKEMBANGAN BAYI USIA 4 BULAN

3 comments:

  1. comel lah bb amirah ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. makin membesar sekarang dah umur 4 bulan
      seronok

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete