Ads GA Leaderhead

Harga Set Berus Botol Susu Bayi

Set berus botol susu bayi merupakan berus khas untuk membersihkan kerak pada puting botol susu. Sebab susu formula ni mudah melekat pada bahagian tepi puting botol susu. Susah nak tanggalkan kerak susu dengan menggunakan span biasa. Cara terbaik adalah gunakan set berus botol susu baby yang ada dijual di pasaraya.

Berapa harga set berus botol susu bayi? Harga set berus puting dan botol susu baby bergantung pada jenama. Hari tu, aku tengok harga 1 set berus botol susu jenama Pureen ni ada yang jual RM12, RM23, RM8.90. Tapi pilihan aku adalah berus paling murah. Tak ada jenama pun. Aku kan penjimat orangnya. Hikhikhik..

Harga 1 set berus botol susu bayi, fungsi dan kegunaan berus botol susu, gambar dan harga berus puting dan botol susu baby, berus kerak susu formula pada puting silikon botol susu bayi, 1 set berus botol susu jenama Pureen, beli set berus botol susu harga murah, berus botol pepet bayi
Gambar set berus botol susu bayi
Harga 1 set RM3.00

Harga set berus botol susu baby yang aku beli ialah RM3.00. Iye, tiga ringgit je. Murahkan. Sebenarnya kat rumah tu dah ada 1 set berus botol susu, so aku nak beli 1 set lagi berus botol pepet ni untuk kegunaan bila balik kampung nanti.

Harga 1 set berus botol susu bayi, fungsi dan kegunaan berus botol susu, gambar dan harga berus puting dan botol susu baby, berus kerak susu formula pada puting silikon botol susu bayi, 1 set berus botol susu jenama Pureen, beli set berus botol susu harga murah, berus botol pepet bayi
Set berus botol susu bayi ada saiz berus besar dan berus kecil
Berus kecil untuk gosok dan hilangkan kerak susu pada bahagian tepi dan dalam puting silikon
Berus besar untuk gosok dalaman botol susu

Kat kampung tak ada berus untuk bersihkan botol susu. Yang ada span je. Tu pun dah bercampur dengan bau macam-macam, bau ikan, bau ayam, bau bawang. Macam tak bersih pulak bila tak gosok dalaman botol susu tu. Kan sukar nak seluk dalam. Nampak kerak susu masih kat dalam. Jadi, di sini lah betapa manfaatnya penggunaan set berus botol susu.

2 comments:

  1. Haha cx awl2 da suruh husband belikan sbb nak cuci botol anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan adanya berus botol ni senang..memudahkan kerja bersihkan kerak susu dalam botol dan kat puting silikon tu. pakai span payah nak korek dalam..

      Delete