Papa Hero Saya S2
(Astro) Kongsi Tips Parenting / Keibubapaan | Sempat menonton program tv terbaru iaitu Papa Hero Saya S2 yang
disiarkan di kaca tv. Rancangan ni ala-ala The Return of Superman yang
Korea tu. Teringat pula pada Si Manse, Minguk, Daehan, Sarang, comel betul
diorang ni.
Papa Hero Saya S2 mempunyai objektif menggalakkan kehidupan seimbang
dalam kebahagiaan dan kesihatan keluarga. Selebriti bergelar bapa menyahut
cabaran untuk membuktikannya seorang hero!
Papa Hero Saya S2 bersama Brian dan anak perempuannya Althea, anak Nana AF |
Haaa,
cenggitu la yang tertera kat info tv. Kisah pasal aktiviti si ayah bersama
anaknya di rumah, aktiviti kat luar rumah, bawa anak pergi kelas khas. Perkongsian
tips keibubapaan dari selebriti tersebut. Yang hari tu aku tengok, suami
Nana iaitu Brian, Brian bawa anak perempuan mereka Althea ke kelas senaman. Ada
banyak aktiviti kat situ. Syok pulak. Ada tenaga pengajar tau kat situ.
Setiap
minggu, akan dijemput selebriti yang berbeza. Minggu depan anak Hanif pula. Anatara
artis yang bakal dirakam dalam program parenting Papa Hero Saya S2
seperti Zahiril
Adzim. Dapat la tengok anak
artis kan. Nak tengok baby Amirah masuk tv, memang tak la. Bukannya aku artis
pun. Hahaha.. Macam lawak je bila sendiri cakap macam ni. Apa pun layan je la Papa
Hero Saya ni kat tv.
Gambar Papa Hero
Saya S2
Saksikan Papa
Hero Saya S2
Hari: Rabu
Jam: 9.00
malam
Saluran:
Astro Ria 104 & Ria HD 123
No comments:
Post a Comment