Apa
itu azam tahun baru? Maksud
azam baru ialah kemahuan / keinginan / cita-cita yang ingin dicapai oleh
seseorang dengan bersungguh-sungguh. Sebagai seorang yang mempunyai azam
tahun baru, kita akan berusaha dalam mencapai matlamat azam itu dalam
tempoh satu tahun tersebut. Itulah definisi
azam baru. Ini azam baru saya: 10 senarai
azam baru tahun 2016
Terkini!!! 13
SENARAI AZAM TAHUN BARU 2017 SAYA***
Manakala bagi seorang pensyarah, makna azam baru adalah mengenai
cita-cita, kecekalan, semangat dan ketentuan diri sendiri yang lebih meyakinkan
untuk masa depan lebih terjamin, bahagia dan ceria. Sebab mengapa azam baru itu perlu di tahun baru? Perlunya azam
tahun baru kerana ia bermakna bermulanya matlamat hidup seseorang dalam sesuatu
tahun itu. - Dr. Mariani Mohd. Nor, Pensyarah Universiti Malaya
Gambar
Azam Tahun Baru
Kepentingan azam tahun baru |
Tahun
baru, perlukah ada azam baru? Perlukah adanya azam
baru dan minda yang baru menjelang tahun baru?
Secara umumnya, sebagai seorang individu, kita perlu sentiasa berfikiran
positif dan sentiasa juga mahu maju ke hadapan dalam melakukan apa saja perkara
yang baik. Sebagai umat Islam pula, kita digesa untuk sentiasa bermuhasabah
dengan memperbaiki diri dan amalan dalam kehidupan.
Gambaran ini memberi implikasi bahawa berazam
dan berusaha melakukan kebaikan tidak mempunyai had tempat dan masa. Malah
setiap masa itu perlu dipenuhi dengan azam dan usaha yang kental untuk menjadi
yang terbaik.
Ia bertepatan dengan sebuah hadis
Rasul S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi di mana Allah lebih suka
kepada seorang muslim yang melakukan apa jua perkara secara sempurna dan
teratur, malah sentiasa pula berusaha untuk memperbaiki usahanya pada setiap
ketika.
Azam atau minda baru, ia perlu
bertitik tolak daripada perancangan yang rapi dan realistik. Di samping
perancangan yang teratur, ia juga perlu diikuti dengan perlaksanaan yang
sistematik dan bersungguh-sungguh.
No comments:
Post a Comment