10 Senarai Azam Baru 2016

10 Senarai Azam Baru 2016 | Tahun baru azam baru! Eh, mesti la, setiap tahun aku akan senaraikan apa azam yang ingin aku capai. Apa itu azam baru? Maksud azam baru ialah kemahuan / keinginan / cita-cita yang ingin dicapai oleh seseorang dengan bersungguh-sungguh.


Bila dengar pasal azam tahun baru, sesetengah orang suka mengkritik. Katanya, “perlu ke nak buat azam tahun baru bagai, padahal azam tahun lepas-lepas tu belum tercapai lagi, inikan pulak nak buat azam baru”.  Bagi pendapat aku la, orang yang mempunyai azam ni umpama ada matlamat dalam hidupnya, tentang sasaran yang ingin dia capai.

Tak salah kalau azam tu belum tercapai, tapi dia dah buat azam baru pula. Selagi benda tu dalam bentuk postif, why not teruskan saja. Sekurang-kurangnya dengan penyenaraian azam tu, ada sesuatu yang menyuntik dalam diri dia untuk meraih kejayaan.

Orang yang suka melemparkan kata-kata negatif, berfikiran negatif, orang sebegini harus kita elakkan sebab takut kita pula yang berjangkit menjadi negatif. Yang baik kita ikuti, yang buruk, yang jahat, yang bermulut longkang kita jauhi. Sempena kedatangan tahun baru 2016 ni, marilah kita menjadi orang baru yang sentiasa berfikiran positif. Jom lihat apa kata-kata azam baru dari diri aku.

SENARAI AZAM BARU 2016
10 azam baru yang ingin aku capai tahun 2016:
Azam Baru Untuk Blog:
1. Pelbagaikan genre dan perbanyakkan lagi entry dalam blog UmiWish yang masih baru ni.
2. Target nak dapatkan income Google Adsense dalam blog ni cecah ratusan dollar.
3. Bijak urus masa untuk 2 buah blog agar konsisten update.
4. Target nak dapatkan trafik blog UmiWish konsisten 5,000 pageviews, sementara untuk blog Yumida pula target trafik belasan ribu pageviews setiap hari.
5. Mencuba program affiliate dan Adsense di Youtube

Gambar Tahun Baru 2016
azam baru 2016, maksud azam baru, tahun baru azam baru, kata kata azam baru, azam tahun baru islam, contoh azam tahun baru, azam tahun baru saya, azam tahun baru untuk pelajar

Azam Baru Untuk Diri Sendiri:
6. Hasil pendapatan automatik simpan dalam bank ASB
7. Beli Sijil Simpanan Premium (SSP) semaksima mungkin, setakat yang mampu
8. Kurangkan aktiviti berbelanja, terap amalan berjimat dalam diri
9. Tidak mahu terlibat dalam isu kontroversi sama ada dalam dunia maya atau dunia realiti
10. Belajar menjadi orang yang bersyukur

Ada yang menyenaraikan matlamat azam tahun baru Islam, juga azam tahun baru untuk pelajar, setiap orang itu berbeza keinginannya. Manakala perkongsian ini pula untuk azam tahun baru saya. Di atas, adalah contoh azam tahun baru yang telah dikongsikan.

Itulah dia 10 senarai azam tahun baru 2016 yang aku listkan. Korang pula, apa azam korang sempena tahun baru ni? Azam yang baik-baik sahaja. Hihihi.. 

No comments:

Post a Comment