Ads GA Leaderhead

Susu Formula Tahan Berapa Lama

Tahukah anda apa itu susu formula? Susu formula susu yang dijual di pasaran dan ia bukan berasaskan susu ibu. Susu formula ni ada banyak jenama antaranya Dumex, Isomil, Frisolac, Enfagrow, Snow Brand, Dutch Baby dan banyak lagi. Susu formula juga dikenali sebagai susu tepung, susu pasar, susu kedai, susu lembu, susu sapi dan susu kedai. Adakah anda tahu berapa lama susu formula boleh bertahan lama?

Termasuk aku sendiri, pada awalnya aku pun tak tahu jangka hayat susu formula boleh digunakan. Bila susu formula dah dibancuh, berapa lama boleh simpan susu formula tersebut. Ye la, kadang-kadang anak tak habiskan susu dalam botol tu, ada lebihan lagi, sayang kalau susu tu dibuang. Eh boleh ke susu formula disimpan dalam peti ais untuk panjangkan tempoh penggunaannya? Haaa, jom baca dan ketahui mendalam pasal susu formula.

Berapa lama susu formula boleh bertahan, jangka hayat susu formula, susu tepung, susu pasar, susu kedai, susu lembu, daya tahan susu formula, tempoh susu formula tahan lama, berapa jam susu formula boleh disimpan, jenama susu formula
Gambar bancuhan susu formula dalam botol susu baby Amirah

Susu Formula Yang Dah Dibancuh Dan Diminum Hanya Boleh Bertahan 2 Jam Sahaja
Haa, itulah faktanya. Buat ibu bapa di luar sana, setiap kali kita bancuh susu untuk anak kita. Tengok jam. Jangan buat susu banyak sangat. Sebab takut susu formula tu nanti tak habis diminum. Tempoh susu formula bertahan adalah 2 jam je selepas bayi minum susu botol tersebut. Lepas daripada tempoh 2 jam tu, susu lebihan dalam botol sebaiknya dibuang sahaja.

Dikhuatiri, susu formula yang melebihi tempoh 2 jam akan terjadinya pencemaran kuman dalam botol susu tersebut. Sama ada berpunca dari mikroorganisme dari mulut bayi, ataupun pencemaran melalui persekitaran yang tak bersih.

Susu Formula Yang Dah Dibancuh Dan Belum Diminum Boleh Bertahan 3 Jam
Manakala bagi susu formula yang belum diminum pula, ia boleh bertahan selama 3 jam. Sumber: Jangka hayat susu formula

***Menurut pandangan Doktor Zubaidi pula, baki susu formula yang tidak habis diminum, jika sudah melebihi sejam pada suhu bilik, disarankan buangkan sahaja lebihan susu tersebut. Sumber: Simpan susu formula dalam peti sejuk

Berapa lama susu boleh bertahan lama bergantung pada penggunaan susu tersebut. Jika susu formula tersebut sudah diminum anak kita, tempoh bertahan hanya 2 jam sahaja. Jika belum diminum jangka hayat susu formula tersebut adalah 3 jam. Moga perkongsian ni bermanfaat buat ibu bapa di luar sana. 


Info susu ibu dan botol susu:

6 comments:

  1. bukan 6 jam ke...sebab sy bg susu snow

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya bule bertahan 3-4 jam utk susu formula...kalau susu ibu bg thru bottle bule tahan sampai 2 jam shj..#mohonpencerahanandaitersalah

      Delete
    2. setahu saya bule bertahan 3-4 jam utk susu formula...kalau susu ibu bg thru bottle bule tahan sampai 2 jam shj..#mohonpencerahanandaitersalah

      Delete
    3. rujukan info adalah berdasarkan link di atas. dari mereka yg arif

      Delete
  2. ingatkan tahan 3-4jam😨😨😨

    ReplyDelete
  3. Susu ibu yg tahan 3- 4 jam.
    Saya baca pd kotak susu formula pun tulis susu formula hanya tahan 2 jam.

    ReplyDelete