Dividen Dan Bonus Tabung Haji Dari Tahun 1994 – 2015 | Hujung tahun saat yang
di nanti-nanti oleh pemegang akaun Tabung Haji (TH) iaitu
pengumuman dividen dan bonus Tabung Haji 2015. Sebelum pengumuman
lagi, orang dah start buat anggaran bonus TH sambil
belajar cara pengiraan dividen bonus Tabung Haji. Ye la, simpanan
kita sendiri mesti kita nak tahu berapa bonus yang kita dapat. Jom lihat agihan
dividen dan pemberian bonus Tabung Haji berikut.
Dividen Dan Bonus Tabung Haji Dari Tahun 1994 Hingga Tahun 2015
Tahun kewangan berakhir 31 Disember
|
DIVIDEN + BONUS Tabung Haji (%)
|
1994
|
9.5 dividen
|
1995
|
9.5 dividen
|
1996
|
9.5 dividen
|
1997
|
9.5 dividen
|
1998
|
8.0 dividen
|
1999
|
8.0 dividen
|
2000
|
5.0 dividen
|
2001
|
3.25 dividen
|
2002
|
3.5 dividen
|
2003
|
4.0 dividen
|
2004
|
4.3 dividen
|
2005
|
4.5 dividen
|
2006
|
4.75 dividen
|
2007
|
5.0 dividen
+ 2.0 bonus
|
2008
|
5.0 dividen
|
2009
|
5.0 dividen
|
2010
|
5.5 dividen
|
2011
|
6.0 dividen
|
2012
|
6.5 dividen
+ 1.5 bonus
|
2013
|
6.0 dividen
+ 2.0 bonus
|
2014
|
6.25 dividen
+ 2.0 bonus
|
2015
|
5.0 bonus +
3.0 bonus
|
Tercengang tengok betapa besarnya kadar dividen Tabung Haji tahun 1994
hingga 1997, agihan keuntungan dividen sebanyak 9.5 peratus. Untung mak nenek
kita dahulu, berganda-ganda simpanan mereka kat Lembaga Tabung Haji.
Tahun 2014, kadar dividen sebanyak 6.25 peratus manakala bonus sebanyak
2.0 peratus. Tahun 2015 pula, tiada dividen diagihkan hanya ada pemberian bonus
Tabung Haji. Bonus adalah sebanyak 8 peratus.
Dividen Dan Bonus Tabung Haji Dari Tahun 1994 – 2015 |
Mesti korang dah tak sabar nak tahu berapa bonus Tabung Haji
yang korang dapat. Bonus sebanyak 8 peratus tu! Kalau nak tahu berapa bonus
yang korang dapat, boleh belajar cara kira dividen dan bonus Tabung
Haji.
Bonus Tabung Haji tahun 2015 sebanyak 8 peratus |
Selepas pengumuman kadar bonus Tabung Haji 2015, ramai pemegang
akaun Tabung Haji rasa lega. Sebab sebelum ni timbul spekulasi dan
kontroversi pasal Tabung Haji tak mampu nak bayar pendeposit walaupun 1 sen
pun. Propaganda sungguh! Buat orang risau je. Harus diingat, hanya dengar dan
percaya berita sahih je tau. Dari mulut pihak Tabung Haji. Alhamdulillah, merasa
la jugak simpanan Tabung Haji beranak-pinak.
Ada yang membuat perbandingan dividen Tabung Haji dan dividen
ASB atau bonus ASB versus bonus Tabung Haji? Agak-agak berapa la ramalan
dividen dan bonus Tabung Haji 2016 tahun ni. Harap-harap dividen dan bonus Tabung
Haji naik. Moga perkongsian dividen dan bonus Tabung Haji dari tahun 1994 –
2015 memberi manfaat buat semua.
Boleh kirakan akaun saya yg dah lama x aktif sejak 2004..baki rm 49.00
ReplyDelete