29 Mac 2016 anak mak dah makin besar
dan mencapai umur 8 bulan. Meh timang-timang sikit anak mak. Apakah tingkah laku bayi ketika umur 8 bulan.
Jom ketahui tanda-tanda perkembangan
bayi di usia 8 bulan.
Perkembangan
Bayi Usia 8 Bulan
1. Bayi sudah
boleh duduk, merangkak dan berdiri
Bayi usia 8 bulan sudah boleh duduk
dengan baik tanpa dibantu. Dia juga sudah mula merangkak ke sana sini. Bayi
juga berusaha untuk berdiri sambil berpegang dan berpaut pada almari rendah,
kerusi dan meja. Pastikan rumah selamat untuk bayi. Alihkan objek yang mudah
pecah ke tempat lain, lantai yang bersih untuk bayi merangkak dan buat halangan
di bahagian tangga rumah untuk keselamatan bayi.
2. Kemahiran menggunakan
tangan
Bayi akan cuba mencari objek yang
telah jatuh dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini,
bayi juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut sekeping makanan dan
menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar
membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar
objek.
3. Sifat bayi semakin
emosional
Bayi 8 bulan akan belajar memahami dan
meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang
pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan
mula menangis.
4. Bayi gelisah apabila
berpisah dengan ibunya
Bayi sudah mula menunjukkan
tanda-tanda kebimbangan jika berpisah dengan ibunya. Sebelum meninggalkan bayi,
ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa kita akan kembali. Jika dia
takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk tenangkannya
dan meyakinkan dia.
Gambar
Bayi Usia 8 Bulan
Cara
Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 8 Bulan
1. Sifat ingin
tahu dan meneroka sesuatu objek
Bayi 8 bulan akan meneroka objek
dengan menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek, termasuklah mengunyah
objek tersebut. Sediakan tempat atau bilik di mana terdapat banyak barang yang bayi
boleh membaling, memicit, menggoncang, menjatuhkan mainan dan mengutip semula
mainan yang bertaburan di bilik tersebut. Bayi suka melihat benda-benda jatuh, kemudian
dipungut dan dibaling semula. Bayi mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya
berulang kali.
2. Bayi memahami
hubung kait objek
Bayi mula faham bagaimana suatu objek
berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, benda yang lebih kecil boleh
muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi mudah mencari barang yang kita sembunyikan,
dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk
beberapa bulan yang seterusnya, bayi akan mula menggunakan objek secara tepat seperti
menyikat rambut, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon
mainannya. Sentiasa libatkan diri dalam aktiviti permainan anak-anak. Pastinya
mencipta suatu keseronokan.
3. Penglihatan bayi
semakin baik
Bayi 8 bulan, penglihatannya kini
hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman.
Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak
jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan mengenali objek.
Apabila berjalan, tunjukkan sesuatu barang dan memberitahu nama barang tersebut
agar bayi dengan mudah mengenali nama-nama barang tersebut. Itulah sebahagian
proses pembelajarannya.
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 12 bulan |
Tahniah! Kini bayi anda sudah pun berumur 8 bulan. Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 8 bulan. Berikan sokongan dan galakkan kepada mereka sepenuhnya. Moga bayi dan anak anda, membesar dengan sihat. Ambil bahagian dalam mendidik anak-anak di rumah. Moga menjadi ibu bapa terbaik kepada bayi comel anda.
No comments:
Post a Comment