Ads GA Leaderhead

6 Kegunaan Minyak Angin Bayi Vicks Baby Balsam

6 Kegunaan Minyak Angin Bayi Vicks Baby Balsam | Baby Balsam Soothing Baby Care | Minyak angin Vicks ni amat popular sekali di kalangan bayi. Fungsi vicks ni untuk menenangkan dan menyelesakan bayi. Baby Amirah memang guna minyak vicks ni sejak kecik lagi dan bagi aku vicks minyak angin terbaik untuk bayi. Minyak angin baby yang serasi dengan anak. Ketahui berapa harga vicks baby balsam. Mesti ada yang nak tahu, vicks baby balsam beli di mana. Jom baca lagi.

kegunaan vicks baby balsam, harga vicks baby balsam, vicks baby balsam beli di mana, harga vicks baby balsam, minyak panas untuk bayi, minyak angin bayi, minyak angin terbaik untuk bayi
Gambar vicks baby balsam
  Harga harga vicks baby balsam RM14.31
Kandungan 50 gram
Minyak angin vicks baby balsam sentiasa digunakan selepas baby mandi.

Di Mana Boleh Beli Vicks Baby Balsam?
Vicks Baby Balsam boleh di beli di supermarket, kedai runcit dan farmasi.

6 Kegunaan Vicks Baby Balsam Untuk Bayi
1. Fungsi vicks baby balsam untuk melegakan batuk bayi
Sapu vicks pada dada bayi dan belakang badan bayi. Ia akan memberi kelegaan buat bayi akibat batuk.

2. Manfaat vicks baby balsam untuk melegakan selsema bayi
Kaedahnya sama juga seperti di atas. Sapu vicks pada dada bayi dan belakang badan bayi. Ia akan memberi kelegaan buat si bayi ketika mengalami selsema, hidung tersumbat dan hidung berhingus.

3. Kelebihan vicks baby balsam untuk mengelak perut bayi dimasuki angin
Ini adalah petua orang-orang tua. Sapu vicks pada tapak kaki bayi, pada bahagian perut dan ubun-ubun bayi. Tujuannya untuk elak bayi dari mengalami kembung perut.

kegunaan vicks baby balsam, harga vicks baby balsam, vicks baby balsam beli di mana, harga vicks baby balsam, minyak panas untuk bayi, minyak angin bayi, minyak angin terbaik untuk bayi
Minyak Angin Bayi Vicks Baby Balsam

4. Vicks baby balsam digunakan sebagai aromaterapi yang menenangkan bayi dan orang dewasa
Jangankan kata bayi je yang guna vicks baby balsam ni, orang besar pun guna jugak. Selain baunya yang wangi, vicks mempunyai bau yang harum yang menenangkan sesiapa yang menghidunya.

5. Kegunaan vicks baby balsam untuk memberi kesegaran buat bayi
Penggunaan vicks seperti terasa ‘peppermint’ atau ‘mint’ memberi kesegaran buat bayi apabila disapukan vicks tersebut pada badan mereka.

6. Vicks baby balsam juga digunakan untuk mengubati kesan gigitan nyamuk  
Kesan gigitan nyamuk pada bayi semestinya akan meninggalkan bekas tompok hitam. Sapu vicks pada bahagian yang terkena gigitan nyamuk tadi dan insha Allah bekas hitam tersebut akan hilang. Malah bayi juga kurang mengalami rasa gatal selepas diletakkan vicks pada tempat yang terkena gigitan nyamuk tersebut.

Ramuan Terkandung Dalam Minyak Vicks Baby Balsam
Minyak vicks baby ni mengandungi petrolatum, fragrance, eucalyptus extract, coconut oil, mineral oil, aloe extract, rosemary extract, lavender extract.

kegunaan vicks baby balsam, harga vicks baby balsam, vicks baby balsam beli di mana, harga vicks baby balsam, minyak panas untuk bayi, minyak angin bayi, minyak angin terbaik untuk bayi
Cara Guna Minyak Vicks Baby Balsam
Sapu minyak angin vicks pada dada, perut dan belakang badan bayi.

Umur berapa bayi boleh guna minyak angin vicks ni? Bayi berumur 3 bulan ke atas sehingga mencapai usia 5 tahun. Itulah perkongsian 6 kegunaan minyak vicks baby balsam untuk bayi. Korang pula, minyak panas untuk bayi apa yang korang gunakan pada anak korang? Minyak telon? Minyak cap kapak? Minyak Yu Yee Cap Limau? Minyak kayu putih? Jom kongsi minyak angin bayi anda..

No comments:

Post a Comment