Selepas mempunyai anak dan menyusukan
anak dengan susu botol barulah aku tahu rupanya botol susu ni ada jangka hayat
dia tersendiri. Aku ingatkan boleh pakai sampai bila-bila. Sampai boleh pass
lagi kat anak kedua. Ooops doakan moga murah rezeki ku dapat second baby.
Rupanya botol susu ada tarikh luput, expire date. Lagi bahaya kalau botol
susu tu ada kesan goresan akibat terlalu lama dipakai, kesan penggunaan berus
yang salah seperti berus dawai. Hingga mengakibatkan botol susu tercalar.
Gambar botol susu baby Amirah, semestinya botol susu pilihanku adalah BPA free |
Botol susu BPA yang tercalar akan
mengeluarkan toksid yang mana membahayakan bayi bila minum air susu dalam botol
tersebut. Jadi, tiliklah botol susu kita kat dapur tu, tengok mana yang calar
teruk digantikan dengan yang baru.
Jangka
hayat bagi botol susu jenis BPA free adalah 6 bulan.
Ini bermakna, botol susu Pureen baby Amirah akan diganti bila usia dia
menjangkau 9 bulan. Sebab hari tu, beli botol susu Pureen bebas BPA pada usia
baby Amirah 3 bulan.
Lagi kisah botol susu anak:
Harga botol susu thermos
Lagi kisah botol susu anak:
Harga botol susu thermos
No comments:
Post a Comment