Usia baby Amirah bakal mencecah umur 9
bulan pada 29 April 2016. Apakah tingkah
laku bayi ketika umur 9 bulan. Jom ketahui tanda-tanda perkembangan bayi di usia 9 bulan.
Perkembangan
Bayi Usia 9 Bulan
1. Bayi hampir boleh
berjalan
Bayi usia 9 bulan semakin hampir untuk
berjalan sepenuhnya. Bayi boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan sambil
memegang perabot. Ada juga bayi yang sudah boleh berjalan beberapa langkah ke
depan dengan dibantu. Kita juga boleh membantu bayi dengan berdiri atau melutut
di hadapannya dan menghulurkan tangan sebagai galakan, sambil memegang
kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah kita.
2. Cara atasi
masalah bayi enggan berpisah
Memberitahu orang lain supaya
mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan
langkah yang pertama. Berikan puting susu pada bayi untuk dia menghisap. Atau
gerakkan ibu jari bayi ke mulutnya, aktiviti menghisap adalah salah 1 cara bayi
menenangkan dirinya. Bila bayi tenang, ia mudah diserahkan kepada orang lain,
memudahkan proses berpisah antara bayi dan orang yang rapat dengannya.
3. Persediaan
sebelum perjalanan jauh bersama bayi
Bayi 9 bulan akan meragam apabila kita
menganggu rutin hariannya, umpamanya perjalanan jauh dengan menaiki kereta. Sediakan
pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya contohnya buku bergambar, alat
mainan yang berbunyi dan patung kesukaannya. Berikan puting kosong untuk menenangkan
bayi ketika mereka meragam.
4. Bayi akan
menoleh apabila namanya dipanggil
Bayi usia 9 bulan, mula memahami
perkataan "tidak" tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi.
Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang
sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk
mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan
menyebut namanya dengan kerap.
Gambar
Bayi Usia 9 Bulan
Cara
Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 9 Bulan
1. Bayi berjalan
tanpa menggunakan kasut
Menurut pakar, bayi yang berjalan
dengan berkaki ayam ataupun berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot
tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi menyeimbangkan diri apabila
kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya. Seterusnya,
melancarkan proses pembelajaran bayi untuk berjalan.
2. Bayi bermain
dan belajar
Bayi suka meletakkan objek ke dalam
bekas dan mengeluarkannya. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang
bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta
plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi merupakan mainan kegemaran mereka. Mainan
sebegini membantu proses pembelajarannya tentang hubung kait sesuatu objek.
Bayi 9 bulan sukakan permainan
hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan
sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di
atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia
alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya
atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.
3. Bayi mula
memahami bahasa dan menyebut perkataan
Bayi mula memahami bahasa yang pernah
dia dengari sebelum ini. Kemudian, menyebut perkataan tersebut seperti ‘pa’ dan
‘ma’. Dedahkan lebih banyak perkataan kepada bayi seperti bercakap dengannya,
bercerita, bergurau agar memudahkannya untuk berkomunikasi. Di samping
mempelajari lebih banyak bahasa dan perkataan.
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 12 bulan |
Tahniah! Kini bayi anda sudah pun berumur 9 bulan. Kenali anak anda
dengan mengetahui perkembangan bayi di
usia 9 bulan. Berikan sokongan dan galakkan kepada mereka sepenuhnya. Moga
bayi dan anak anda, membesar dengan sihat. Ambil bahagian dalam mendidik
anak-anak di rumah. Moga menjadi ibu bapa terbaik kepada bayi comel anda.
Nice sharing...
ReplyDelete