Bila Perlu Tukar Botol Susu Anak

Mesti ada antara kita tertanya-tanya, bila masanya kita perlu tukar botol susu anak? Terutamanya anak yang masih bayi yang masih menyusu menggunakan botol susu. Bagaimana cara nak tahu kita kena tukar ganti botol susu bayi yang lama kepada yang baru. Jom baca perkongsian di bawah 5 petanda ibu bapa perlu tukar botol susu baby.

Bila Perlu Tukar Botol Susu Anak
1. Terdapat kesan calar / gores pada botol susu
Perhatikan pada botol susu anak, jika terdapat banyak kesan calar atau gores, segeralah menukar botol susu tersebut. Terutamanya botol susu yang mengandungi BPA. BPA bahaya untuk kesihatan manusia apatah lagi yang minum menggunakan botol susu tersebut adalah anak-anak kita, termasuk bayi comel kita.

Dikhuatiri, kesan akibat tercalar pada botol susu BPA akan membebaskan toksik dan meresap masuk ke dalam air susu dalam botol tersebut. Hish..bahaya eh..

2. Proses steril pendekkan jangka hayat botol susu
Adalah menjadi kebiasaan kita cuci botol susu dengan kaedah steril. Namun, ianya juga mendatangkan keburukan apabila ianya dikatakan mengurangkan jangka hayat botol susu anak.

Sebagai contoh, aku menggunakan botol susu BPA free dengan jaminan jangka hayat 6 bulan. Namun, akibat proses steril yang sering dilakukan, ianya menjejaskan jangka hayat asal botol susu di mana botol susu tersebut mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan sahaja.

Bila masanya kita perlu tukar botol susu anak, tukar ganti botol susu baby yang lama kepada baru, 5 petanda ibu bapa perlu tukar botol susu anak, tukar segera botol susu bayi
Botol susu baby Amirah yang baru dibeli, dah digunakan untuk tempoh sebulan, masih lagi dalam keadaan elok, tiada calar atau gores

3. Warna botol susu bertukar kekuningan
Warna asal botol susu yang baru ialah putih jernih, lutsinar, lembut dan tahan. Jika botol susu kelihatan kekuningan, ianya adalah tanda botol susu tersebut perlu ditukar. Belikan botol susu yang baru.

4. Botol susu berbau
Cium dan hidu botol susu anak, jika masih berbau walaupun telah dicuci itu tandanya botol tersebut kena tukar. Perlu ganti dengan botol baru. Bau yang tidak menyenangkan yang datangnya dari dalam botol susu anak yang mungkin berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol susu tersebut. Jadi, bertukarlah segera.

5. Guna sabun pencuci khas untuk membersihkan botol susu
Yang ni aku terasa sangat. Aku cuci botol susu dengan axion je. Adohai.. Rupanya kena cuci menggunakan pencuci khas botol susu. Disyorkan mencuci menggunakan bahan pencuci yang bersifat organik. Yang aku tahu setakat ni produk Shaklee ada jual pencuci organik ni. Kat kedai / pasaraya ada jugak ke? Meh bagitau sikit. Nak beli jugak.

Itulah 5 sebab musabab kenapa dan mengapa kena ganti botol susu anak. Tukar segera botol susu bila terdapat petanda-petanda di atas.

Lagi kisah botol susu baby:

2 comments:

  1. Di pasaraya ada jual sabun pencuci utk botol bayi termasuk puting ibu. Mmg dari bahan organik

    ReplyDelete