Cara Kira Dividen & Bonus Tabung Haji

Cara Kira Dividen Dan Bonus Tabung Haji | Ada yang ingin tahu kaedah pengiraan bonus Tabung Haji 2015? Dengan mempelajari cara kiraan dividen Tabung Haji, kita boleh tahu berapa agihan bonus yang kita dapat. Lebih cepat. Berikut dikongsikan panduan mengira bonus Tabung Haji.

cara kira dividen tabung haji, kiraan dividen tabung haji, pengiraan bonus tabung haji, dividen bonus tabung haji 2015, tabung haji online, masuk duit transfer duit tabung haji melalui maybank2u
Buku akaun Tabung Haji

Cara Pengiraan Bonus Pendeposit Tabung Haji 2015
BONUS
PENGIRAAN

Bonus Tahunan Tabung Haji (5.00%)
Akaun Pendeposit Tabung Haji Aktif
Kiraan:
Baki purata minima bulanan akaun Tabung Haji (Jan-Dis 2015)/12 bulan) x 5.00%


*Bonus Haji (3.0%)

Akaun Pendeposit Belum Tunai Haji
Akaun simpanan yang baki purata RM9,980 atau kurang
Kiraan:
Baki purata minima bulanan ≤ RM9,980 (Jan-Dis 2015)/12 bulan) x 3.00%


Untuk tahun 2015, tiada agihan dividen diberikan oleh Tabung Haji, hanya pemberian bonus sebanyak 8 peratus. Jadi, di atas hanya menunjukkan cara kiraan bonus Tabung Haji 2015. Anda boleh mencuba untuk membuat kalkulator berapa bonus Tabung Haji 2015 yang korang dapat. Bonus Tabung Haji 2015 terbahagi kepada 2 iaitu 5 peratus untuk akaun pendeposit Tabung Haji aktif manakala bonus 3 peratus untuk akaun pendeposit belum tunai Haji.
 
cara kira dividen tabung haji, kiraan dividen tabung haji, pengiraan bonus tabung haji, dividen bonus tabung haji 2015, tabung haji online, masuk duit transfer duit tabung haji melalui maybank2u
Pengumuman bonus Tabung Haji 2015
  
Baki purata minima bulanan akaun Tabung Haji anda iaitu bermula bulan Januari 2015 sehingga Disember 2015 bahagi dengan 12 bulan, kemudian darab dengan bonus Tabung Haji 2015 iaitu 5 peratus.

Jangan lupa, buat yang belum menunaikan Haji lagi pihak Tabung Haji menambah bonus sebanyak 3 peratus. Buat pengiraan bonus TH. Baki purata minima bulanan kurang dari jumlah RM9,980 untuk tempoh Januari 2015 sehingga Disember 2015 dibahagi dengan 12 bulan, kemudian darab dengan bonus Tabung Haji 2015 iaitu tambahan sebanyak 3 peratus.

Untuk urusan banking dengan Tabung Haji boleh pergi secara terus ke kaunter Tabung Haji ataupun boleh menerusi Tabung Haji online. Cara paling mudah nak deposit Tabung Haji dengan transfer duit ke Tabung Haji menerusi maybank2u. Memudahkan mereka yang bekerja, hanya masuk duit Tabung Haji melalui maybank2u. Takpun buat potongan Tabung Haji melalui maybank2u. Begitulah kaedah simpanan Tabung Haji melalui maybank.

Bermula pada Rabu, 10 Februari 2016 para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus Pendeposit Tabung Haji 2015 melalui kaunter Tabung Haji atau ATM bank-bank rakan strategik Tabung Haji iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.

Moga perkongsian cara kira dividen dan bonus Tabung Haji ni bermanfaat buat semua. Boleh kira sendiri tau. Pssst! Dah kira? Cer share berapa bonus Tabung Haji yang korang dapat. Nak jugak tahu. Hihi..


Kisah bonus dan dividen lagi..

1 comment:

  1. Alhamdulillah...
    biarpun xbanyak tapi ada juga simpanan...

    ReplyDelete