Sinopsis Sinetron Sakinah Bersamamu TV3 | Sakinah Bersamamu mengisahkan Riri (Alyssa Soebandono), Dinda (Donita) dan Ratasha
(Raya Kohandi) merupakan 3 sahabat baik. Mereka bertiga berstatus isteri dan
mengimpikan sebuah keluarga yang sakinah. Namun, dalam mewujudkan keluarga
sakinah mereka ditimpa pelbagai ujian dan cabaran dalam perkahwinan.
Tonton sinetron Sakinah Bersamamu hingga episod akhir – episod 98 |
Riri sangat mencintai suaminya Zaki (Dude Harlino). Riri dan Zaki baru
sahaja 6 bulan mendirikan rumah tangga. Zaki seorang warak, jujur dan mengamalkan
hidup bersederhana. Pernikahan mereka mendapat tentangan hebat dari ayah Riri
iaitu Pak Said (Boy Firayoh).
Pak Said sering mencemuh Zaki, baginya Zaki tidak mampu membahagiakan
anaknya. Namun berlainan pula denga ibu Riri, Bu Said (Inggrid Kansil), beliau
sering menenangkan dan memberi kata nasihat kepada Riri agar menjadi isteri
mithali.
Dinda dan Amar (Adi Nugroho) telah berkahwin selama 2 tahun namun
mereka belum dikurniakan anak. Ditambah lagi dengan keadaan Amar yang sering
kali membuatkan Dinda risau akan suaminya. Amar disahkan menghidap sakit
jantung namun masalah penyakitnya itu disembunyikan dari pengetahuan isterinya.
Namun Amar tidak menyedari bahawa Dinda terlebih dahulu mengetahui
segala-galanya.
Keadaan Amar yang kurang sihat sering kali membuatkan dia ingin
menceraikan isterinya agar isterinya mendapat kebahagian seadilnya. Namun cinta
Dinda terhadap Amar tetap utuh. Dinda bersedia menjaga Amar bila-bila masa.
Hanya Amar yang merasakan dirinya menjadi bebanan bagi pihak isterinya.
Ratasya rakan karib Dinda dan Riri baru saja berkahwin dengan Jamal (Giovanni
L. Tobing). Ratasya dan suaminya Jamal, masing-masing pernah berkahwin sebelum
ini. Ratasya berharapan biarlah perkahwinan kali ni kali yang terakhir. Dia
mahu membina rumah tangga sakinah bersama suaminya. Namun siapa sangka, Jamal
seorang kaki perempuan. Dalam dia Jamal menjalinkan hubungan sulit dengan Silvy
(Pj The Icons), setiausahanya.
Hubungan Riri dan Zaki teruji bila mana Zaki sering balik lewat. Riri
syak kemungkinan suaminya ada wanita lain. Riri cuba menyiasat. Zaki mengalami
masalah di tempat kerja. Dia sudah kehilangan kerja dan masih lagi mencari
pekerjaan baru. Jamal menjanjikan pekerjaan untuknya. Dek kerana itu, dia
berusaha menuruti arahan Jamal hingga menyebabkan dia balik lewat.
Jamal hanya menabur janji. Dia hanya mempergunakan Zaki. Jamal sengaja
mengupah Zaki agar menjadi alibi supaya Ratasya tidak mencurigai dirinya. Di
kesempatan itu, dia berfoya-foya dengan kekasih gelapnya Silvy.
Riri menerima kiriman gambar dari Tia (Ishabella). Gambar yang
menunjukkan suaminya Zaki sedang dirangkul oleh Silvy. Betapa terkejutnya Riri.
Tia menuduh Zaki seorang hipokrit dan kaki perempuan.
Selepas
menjalani pembedahan jantung, Amar akhirnya menceraikan Dinda. Dinda berasa
sangat sedih kerana dia menerima keadaan Amar seadanya. Lebih melukai hatinya,
Selia (Natasha Wilona) menuduh Amar telah menghamilkan dirinya dengan
menunjukkan alat pengesan kehamilan yang bertanda positif.
Sementara itu, Ratasya yang kegirangan kerana lambat datang bulan,
memberitahu Jamal tentang kebarangkalian dia mengandung. Alangkah terkejutnya Ratasya
apabila suaminya marah dan tidak mahukan anak.
Begitu banyak ujian dalam rumah tangga yang mereka tempuhi. Bagaimanakah
cara Dinda, Riri dan Ratasya agar dapat memperjuangkan rumah tangga agar tergolong
dalam keluarga sakinah? Saksikan segalanya dalam drama Sinetron Sakinah Bersamamu di kaca tv anda.
Pelakon Sinetron Sakinah Bersamamu TV3
Alyssa Soebandono – Riri
Dude Harlino – Zaki
Donita – Dinda
Adi Nugroho – Amar
Giovanni L. Tobing – Jamal
Raya Kohandi – Ratasha
Atiq Rahman – Dika
Natasha Wilona – Selia
Ishabella – Tia
Inggrid Kansil – Bu Said
Pj The Icons – Silvy
Mezty The Icons – Claudia
Boy Firayoh – Pak Said
Original Sound Track OST Sinetron Sakinah Bersamamu TV3
Lagu tema drama Sinetron
Sakinah Bersamamu TV3
Lagu: Cinta Yang Terindah
Penyanyi: Bunga Citra
Lestari
Gambar Sinetron Sakinah Bersamamu TV3 |
Tonton drama sinetron Sakinah Bersamamu
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 4.00 petang
Saluran: TV3
No comments:
Post a Comment