Kata-Kata Ucapan
Selamat Hari Guru Malaysia | 16 Mei merupakan hari sejarah untuk guru. Selamat menyambut
Hari Guru buat warga pendidik. Happy Teachers Day semua. Hari Guru di Malaysia
disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Jom baca
senarai kata-kata ucapan Selamat Hari Guru. Anda boleh gunakan ayat ini untuk
tulis kad ucapan untuk cikgu anda di
sekolah.
Kasi gegar Hari Guru! Saksikan:
Ucapan Selamat Hari Guru untuk cikgu anda |
8 Kata-Kata Ucapan
Selamat Hari Guru Di Malaysia
Oh cikgu, adakalanya cikgu gelak ketawa, kami tersenyum sama. Ada kalanya
cikgu marah, tegas, kami kecut perut. Tapi.. cikgu tidak pernah berputus asa
mengajar kami. Ajar ajar dan ajar. Sehingga kami faham. Terima kasih cikgu
memberikan kami ilmu. Ilmu kepandaian yang cikgu ajar kami praktikkan sehingga
hari ini. Selamat Hari Guru cikguku.
Di rumah kami ada mak dan ayah. Di sekolah kami ada cikgu-cikgu
selaku mak ayah kedua kami. Bila salah, kesilapan kami diperbetulkan. Guru membimbing
kami ke jalan kejayaan. Membentuk kami menjadi orang berguna, menjadi insan berjaya.
Respek pada guru. Hormat pada orang yang menurunkan ilmu. Terima kasih cikgu. Selamat
Hari Guru.
Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang bergelar sifu, cikgu,
teacher, guru, ustaz, ustazah, professor dan sebagainya. TERIMA KASIH kerana
mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna.
I may not say it always.
But, I mean it whenever I say it.
Thank you teachers.
For all the things you have done for me.
Happy Teachers Day!
Guru adalah seorang pahlawan dan tanda-tanda kepahlawanannya terukir
pada keberhasilan semua orang-orang besar yang anda kenal. SELAMAT HARI GURU
untuk semua guru yang mulia. Jasa kalian akan sentiasa kami kenang. Tetaplah menjadi
pelita untuk untuk anak bangsa.
“ Jangan setengah hati menjadi guru, kerana anak didik kita telah
membuka sepenuh hatinya”.
Terima kasih untuk semua guru yang yang pernah memberi pelajaran. Atas
usaha keras mereka, dunia ini menjadi tempat yang menakjubkan!
Alangkah bertuahnya kita. Lahir di bumi merdeka, segalanya sudah
tersedia. Ada pelajaran diberikan. Ada pendidik disediakan. Tugasnya mengajar
setiap hari tanpa jemu. Demi memastikan anak bangsa berilmu. Terima kasih duhai
golongan pendidik, Selamat Hari Guru untuk anda semua.
Untuk cikgu dan cikgi kami:
Senarai
Tema Hari Guru Malaysia Mulai Tahun 1972 Hingga 2016
Itulah senarai 8 kata-kata
ucapan Selamat Hari Guru untuk anda ucapkan pada cikgu anda di sekolah. Sehingga
kini, terdapat 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di seluruh Malaysia.
Semuanya dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Sekolah dan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Salam...Selamat hari Guru 2016, Guru Pembina Negara Bangsa. Belum terlambat untuk mengucapkannya....
ReplyDelete