Ads GA Leaderhead

Sinopsis Novel Seindah Takdir Cinta

Sinopsis Novel Seindah Takdir Cinta Karya Kamsiah Abu | Seindah Takdir Cinta mengisahkan hubungan yang diuji dengan rasa cinta dan juga tanggungjawabnya yang telah bergelar isteri kepada seseorang. Keinginan di hatinya terpaksa dilupakan. Demi memenuhi tuntutan sebuah janji.


Mia Karmila, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?

Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka? Nak tahu kisah selanjutnya? Dapatkan novel Seindah Takdir Cinta di bookstore berdekatan.

Gambar Novel Seindah Takdir Cinta
Sinopsis novel Seindah Takdir Cinta, review, ulasan novel Seindah Takdir Cinta, drama adaptasi novel, gambar novel Seindah Takdir Cinta, penulis novel Seindah Takdir Cinta, novel terlaris dan popular tahun 2016, harga novel Seindah Takdir Cinta RM27.90
Penulis novel Seindah Takdir Cinta: Kamsiah Abu
 Harga novel Seindah Takdir Cinta: RM27.90
Drama adaptasi novel sering menjadi pilihan pengarah dan penerit. Kalau nak tahu, novel Seindah Takdir Cinta juga antara karya yang dijadikan drama tv. Nanti kita tonton kat tv k.

Novel Seindah Takdir Cinta merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2016. Jom dapatkan novel Seindah Takdir Cinta di pasaran!

No comments:

Post a Comment