Ciri-Ciri Training Shoes Terbaik

Adakah anda orangnya suka bersukan? Suka melibatkan diri dengan aktiviti olahraga? Berjoging? Kasut dan sukan tidak dapat dipisahkan. Membuat pilihan kasut training atau training shoes yang paling terbaik untuk kaki anda adalah perkara yang terpenting sebelum anda membuat sebarang bentuk latihan.

kasut sukan bersenam, kasut sukan joging, training shoes, kasut training
Kasut sukan


Secara amnya, kasut merupakan kelengkapan yang terpenting ketika anda membuat latihan dan ia berfungsi untuk memberikan perlindungan kepada kaki anda. Dengan menggunakan kasut sukan yang betul, ia dapat mengurangkan risiko kecederaan ketika latihan diadakan. Nak tahu bagaimana nak pilih kasut sukan yang betul, tepat dan memberikan prestasi hebat semasa bersukan? Jom lihat ciri-ciri kasut latihan atau training shoes yang terbaik untuk anda gunakan;

kasut sukan bersenam, kasut sukan joging, training shoes, kasut training
Training shoes


1. Saiz
Beli kasut latihan atau kasut sukan yang bertepatan dengan saiz kaki anda. Jangan sesekali membeli kasut yang bersaiz terlalu kecil atau terlalu besar.Untuk memastikan kasut yang ingin di beli itu benar-benar selesa dipakai, cuba pakai kasut tersebut dengan kaki anda memakai stokin. 

2. Arch
Kasut sukan yang dipilih harus mempunyai rekaan ‘supporting arch’ yang mana boleh mengelakkan kaki anda daripada kesakitan semasa berjalan. Penting untuk anda mengenal pasti jenis tapak kaki anda. Setiap orang mempunyai jenis tapak kaki yang berbeza, ada yang bertapak rata dan sedikit melengkung.

3. Material
Pilih kasut training daripada material yang baik untuk kaki. Material yang terbaik adalah yang memudahkan kaki anda untuk bernafas dan kekal selesa.

5. Jenama
Kasut yang berjenama semestinya memberikan prestasi hebat kepada anda. Pilih jenama sukan yang boleh percayai dan diyakini ramai. Kini terdapat banyak pilihan jenama sukan antarabangsa dan tempatan yang boleh anda temui di pasaran. Biar mahal sedikit, asal penggunaannya tahan lama dan yang penting selesa!

Itulah 5 ciri-ciri pemilihan training shoes terbaik. Kasut sukan yang baik dan hebat pastinya memberikan kepuasan tak terhingga buat kita. Bak kata pepatah, ‘Alah membeli menang memakai’. Jangan lupa sematkan 5 tips terbaik ini ketika anda membeli kasut sukan kelak.

1 comment: