Permohonan Guru Tabika & Taska KEMAS

Permohonan online jawatan kosong Guru Tabika dan Taska KEMAS. Dapatkan borang permohonan mengikuti kursus latihan Guru Tabika dan Taska KEMAS di sini. Ada yang berminat nak jadi cikgu? Mesti ramai yang menunggu hebahan iklan guru tadika diperlukan segera. Berikut merupakan maklumat penting untuk memohon kerja kosong cikgu Tabika dan Taska.

permohonan online jawatan kosong guru tabika/ taska kemas, borang permohonan mengikuti kursus latihan guru tabika dan taska kemas, guru tadika diperlukan segera, memohon kerja kosong cikgu tabika dan taska
Permohonan Jadi Guru Tabika dan Guru Taska KEMAS

Syarat Kelayakan Pemohon Bagi Mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Dan Taska Kemas
1. Untuk mengikuti latihan guru tabika dan guru taska ni, pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2. Umur pemohon mesti melebihi 21 tahun dan tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak); atau
(b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(c) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
4. Terbuka kepada lelaki dan perempuan.
5. Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini.
6. Hanya calon yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan telah bergraduasi sahaja dibenarkan memohon.

Cara Memohon Jadi Guru Tabika & Taska KEMAS
Persoalan yang sering jadi tanda tanya pada pemohon. Bagaimana untuk memohon Guru Tabika dan Taska KEMAS? Di manakah saya boleh memperolehi borang permohonan?
Borang boleh didapati di:

Senarai Dokumen/ Salinan Sijil Penting
Borang permohonan mengikuti kursus latihan Guru Tabika dan Taska KEMAS yang telah lengkap, harus di hantar oleh pemohon ke Pejabat KEMAS Negeri bersama dikepilkan dengan dokumen di bawah:
1. Satu (1) keping gambar berwarna ukuran pasport
2. Borang pemohonan yang lengkap diisi dan ditandatangani
3. Salinan sijil lahir pemohon yang telah disahkan betul/benar
4. Salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan betul/benar
5. Salinan sijil berhenti sekolah pemohon yang telah disahkan betul/benar
6. Salinan sijil pemohon *SPM/ SPMV mengikut sistem terbuka atau setaraf yang telah disahkan betul/benar
7. Salinan diploma pemohon yang telah disahkan betul/benar
8. Salinan transkrip diploma pemohon yang telah disahkan betul/benar
9. Salinan pengesahan pengiktirafan kelayakan diploma dari laman web berikut: http://pengiktirafan.jpa.gov.my
10. Salinan sijil aktiviti & pertubuhan pemohon yang telah disahkan betul/benar

 Info Penting Permohonan Guru Tabika & Taska KEMAS
1. Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI masing-masing SEBELUM tarikh tutup permohonan. Alamat PEJABAT KEMAS NEGERI adalah seperti berikut: Direktori Jabatan Kemas.
2. Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
 4. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
 5. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas empat (4) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
6. Pengambilan Guru Tabika dan Taska KEMAS tidak sepanjang masa, ia ada tempoh tertentu untuk membuat permohonan. Jadi, untuk tidak terlepas iklan jawatan kosong Guru Tabika dan Taska KEMAS, anda digalakkan untuk follow Facebook Kemas untuk ikuti perkembangan terkini.

Tempoh Kursus Guru Tabika & Taska KEMAS
Di manakah kursus dijalankan? Berapa lama tempoh kursus?
Tempat: Institut/ Pusat Latihan KEMAS
Tempoh: Tiga (3) atau Enam (6) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Apa Kriteria Untuk Lulus Permohonan Dan Terpilih Jadi Guru Tabika Dan Guru Taska
Seperti dinyatakan dalam syarat kelayakan di atas, keutamaan akan diberi kepada pemohon yang ada sijil Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Adalah menjadi suatu kelebihan dan bonus pada pemohon yang ada sijil tersebut. Moga dipermudahkan urusan anda membuat permohonan Guru Tabika dan Taska KEMAS. Selamat maju jaya. Moga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

No comments:

Post a Comment