Tambah Pengambilan Guru Ganti Cikgu Bersalin

Tambah Pengambilan Guru Ganti Cikgu Bersalin | Pernah jadi guru ganti? Ada yang panggil Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Macam mana nak mohon guru ganti? Kat mana nak dapatkan borang guru ganti atau borang GSTT? Permohonan guru ganti boleh dibuat secara online. Tak pun anda datang ke Pejabat Pendidikan dan minta borang guru ganti/ borang GSTT. Lengkapkan borang tersebut dan tunggu maklum balas dari mereka jika ada kekosongan guru ganti.

Gaji guru ganti bergantung pada sekolah yang anda ajar. Kalau anda ada ijazah, anda akan dibayar dengan gaji degree yang basic, jika anda mengajar di sekolah menengah. Kalau mengajar sekolah rendah, gaji anda akan dibayar dengan gaji STPM/ SPM.

Berminat nak jadi guru ganti, hantar permohonan guru ganti atau permohonan guru sandaran tidak terlatih 2016 dengan segera. Mana tahu dalam masa terdekat ni ada kekosongan.

Info:

Terkini! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran menambah bilangan guru ganti bagi menggantikan cikgu bersalin supaya proses pengajaran dan pembelajaran pelajar berjalan dengan lancar.

permohonan guru ganti secara online, gaji guru ganti, borang guru ganti, permohonan guru ganti 2016, permohonan guru sandaran tidak terlatih 2016, tambah pengambilan guru ganti cikgu bersalin
Pengambilan Guru Ganti Untuk Cikgu Bersalin

Bayangkan jika dalam 1 sekolah terdapat 5 guru yang tengah mengandung. Dan kelima-limanya bakal melahirkan anak untuk tempoh yang hampir sama. Mesti kecoh nak kawal kelas. Jadi pentingnya pengambilan guru ganti bagi cikgu yang tengah bersalin.

Jadi saranan kepada Kementerian Pendidikan supaya menambah peruntukan untuk mengambil lebih ramai guru ganti bagi guru yang bersalin - Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Pendidikan Kebangsaan (NUTP), Datuk Lok Yim Pheng

Peranan guru ganti amat penting untuk ambil alih tugas mengajar cikgu yang sedang cuti bersalin. Sekolah tidak akan mengalami kekurangan guru seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran murid berlangsung seperti dijadualkan. Harap KPM akan menambah lebih ramai pengambilan guru ganti. 

No comments:

Post a Comment