15 Pantun Untuk Cikgu Sempena Hari Guru

15 Pantun Untuk Cikgu Sempena Hari Guru | Nak karang pantun untuk guru? Ha rujuk sini pantun Hari Guru 4 kerat. Pantun tentang jasa guru, boleh didedikasikan pantun untuk guru bersara, pantun Hari Guru lawak. Lebih-lebih lagi 16 Mei bakal menjelang, jom buat pantun sempena Hari Guru 2016 untuk guru tersayang.


pantun untuk cikgu sempena hari guru, pantun untuk guru, pantun untuk guru tersayang, pantun jasa guru, pantun untuk guru bersara, pantun hari guru, pantun hari guru lawak, pantun sempena hari guru, pantun hari guru 4 kerat, pantun hari guru 2016
Pantun Hari Guru

Senarai 15 Pantun Untuk Cikgu Sempena Hari Guru
Ke hulu ke hilir membawa nota,
Tugasnya mendidik anak Malaysia,
Tanpa mengira kaum, pangkat dan harta,
Guru pembina negara bangsa.

Murid sedia untuk diajar,
Belajar berkumpulan bersama rakan,
Guru pembentuk sahsiah pelajar,
Kepimpinan berteladan teras pendidikan.

Peluang belajar jangan disia-sia,
Jalinkan ukhuwah dengan saudara-mara,
Melayu, Cina, Iban, India, kami satu Malaysia,
Pendidikan teras perpaduan negara.

Nakalnya kami memang sangat dikenali,
Lari-lari panjat almari,
Semua budak pun kami buli,
Kerja sekolah semua kami tak peduli.

Dalam kelas membimbing pelajar,
Demi kejayaan anak muridnya kelak,
Tugas guru bukan hanya mengajar,
Membina ilmu menyempurnakan akhlak.

Tapi bila hadirnya cikgu,
Duduk diam tak bersuara tak berlagu,
Tak jemu-jemu kongsikan ilmu,
Itulah memori yang kami sangat rindu.

Hari-hari makan mi,
Terlupa pula makan nasi,
Guru sumber inspirasi kami,
Pencetus kreativiti penjana inovasi.

Guru itu umpama lautan luas,
Menghampar ilmu tak terbatas,
Bagai hempasan keras gelombang,
Kepada murid mendamai tenang.

Jangan dimain batang besi,
Terkena badan sakitnya tak kepalang,
Amanat dipikul penuh berdedikasi,
Guru cemerlang negara terbilang.

Guru itu laksana gunung agung,
Tinggi berbukit sabar iktibar,
Persis batu dan pasir terdampar,
Tugasnya mulia mendidik mengajar.

Jangan sepahkan tulang raksasa,
Kutip dan simpan ke dalam balang,
Gigih mengajar anak bangsa,
Guru penjana modal insan gemilang.

Ke hulu memotong pagar,
Jangan terpotong batang durian,
Cari guru tempat belajar,
Jangan jadi sesal kemudian.

Kampungku indah dan damai,
Tak sabar nak petik buah longan,
Seronoknya belajar beramai-ramai,
Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan.

Megah memandu kereta mahal Hyundai,
Melanggar tembok itu jangan,
Pelajar pintar bijak pandai,
Guru berkualiti pemangkin kegemilangan.

Banyak khasiat buah kelapa,
Boleh dibuat minyak kelapa dara,
Anak berjaya kebanggaan ibu bapa,
Guru berkualiti aspirasi negara.

pantun untuk cikgu sempena hari guru, pantun untuk guru, pantun untuk guru tersayang, pantun jasa guru, pantun untuk guru bersara, pantun hari guru, pantun hari guru lawak, pantun sempena hari guru, pantun hari guru 4 kerat, pantun hari guru 2016
Pantun Untuk Cikgu Sempena Hari Guru

Yeah itulah dia senarai 15 pantun untuk cikgu sempena Hari Guru. Best tak? Kalau masih mencari idea apa kata-kata ucapan nak ungkapkan buat cikgu sempena Hari Guru, boleh jadikan pantun hari guru ni sebagai inspirasi. Selamat Hari Guru buat guru seluruh dunia!

2 comments: