Sinopsis Drama Demi Cinta Ain TV3

Sinopsis Drama Demi Cinta Ain TV3 | Demi Cinta Ain mengisahkan 2 jejaka yang berebutkan cinta Ain (Nur Risteena Munim). Ashraf (Zizan Nin) mendambakan cinta Ain hingga sanggup menggunakan taktik kotor agar Ain menjadi miliknya. Manakala cinta Adam (Nazrief Nazri) cinta yang tulus. Dia sanggup menunggu Ain sampai bila-bila. 

Sinopsis drama Demi Cinta Ain (TV3), pelakon dan gambar drama Demi Cinta Ain (TV3)
Drama Samarinda TV3: Demi Cinta Ain lakonan Nur Risteena Munim, Aiman Hakim Redza dan Nazrief Nazri


Ain terharu melihat Adam yang begitu menghormati pendiriannya. Walaupun dihatinya ada rasa cinta terhadap Adam namun dia terpaksa mengetepikan demi anak buahnya yang telah kehilangan ibu. Hakim (Fazli Daniel) dan adiknya Hanis (Nur Qistina Raisah) kini dalam jagaan Ain. Ayah Hakim dan Hanis iaitu Alif (Aiman Hakim) berada dalam tahanan penjara.

Ain merasa bertanggungjawab untuk membesarkan anak-anak tersebut. Berlainan pula dengan ibu tiri Ain iaitu Suraya (Jasmin Hamid), dia berusaha mengusir anak yatim itu dari rumahnya. Pelbagai helah yang digunakannya agar budak tersebut pergi dari rumahnya, namun nasib mereka terbela oleh Ain.

Suraya dan Ashraf bersengkokol agar Ain menjadi isteri Ashraf. Namun usaha mereka tidak berhasil, hati Ain sangat keras. Ashraf merasa sakit hati kerana dia telah memberikan duit yang banyak kepada Suraya, supaya memujuk Ain berkahwin dengannya.  

Suraya mendapat gangguan dari Along, lintah darat yang dia pernah pinjamkan wang suatu ketika dahulu. Dia merasa terdesak. Sering kali Suraya memaksa Ain agar memberikannya wang hasil perniagaan restoran. Ain yang bijak itu, menyimpan duit tersebut dengan cermat. Dia tahu ibu tirinya itu mata duitan.

Kamal (Awie Sobry) menagih janji dan wang bayaran dari Suraya. Hal itu membuatkan Suraya tidak senang duduk. Tambahan lagi, Kamal sering ke rumah untuk mengugutnya. Dia risau rahsia yang disimpannya akan terbongkar di hadapan Ain.

 Sepanjang bergelar menantu kepada Suraya, Alif sering bertekak dengan ibu mertuanya itu. Suraya membenci Alif yang hidup dalam serba kemiskinan. Kinah meninggal dunia selepas mendapat barah kanser. Semenjak kematian Kinah (Nazeera Sardi), hidup Alif tidak menentu. Hingga satu hari dia telah dipenjarakan.

Ain sering mendengar komen buruk mengenai Alif dari mulut ibu tirinya. Makin bertambah benci Ain terhadap Alif. Baginya Alif bukan seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap Hakim dan Hanis. Mawar (Zahirah Macwilson) menceritakan hal sebenar tentang Alif. Barulah Ain tahu rupa-rupanya Alif seorang yang baik.

Berjayakah Alif mendapatkan kembali hak penjagaan anaknya dari Ain? Berjayakah rancangan Suraya mengusir cucu tirinya itu? Apa pula perancangan Ashraf demi mendapatkan cinta Ain? Akankah terjalin cinta Ain dan Adam? Saksikan segalanya dalam drama Demi Cinta Ain di kaca tv anda.

Pelakon Drama Demi Cinta Ain (TV3)
Nur Risteena Munim – Ain
Aiman Hakim – Alif
Nazrief Nazri – Adam
Zahirah Macwilson - Mawar
Jasmin Hamid – Suraya
Zizan Nin - Ashraf
Fazli Daniel – Hakim
Nur Qistina Raisah – Hanis
Awie Sobry – Kamal

Sinopsis drama Demi Cinta Ain (TV3), pelakon dan gambar drama Demi Cinta Ain (TV3)
Gambar Drama Demi Cinta Ain (TV3)
Saksikan drama Demi Cinta Ain
Hari: Isnin – Rabu
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment