Tablet Untuk Guru Sekolah Rendah & Menengah

Pemberian tablet untuk guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang dilengkapi perisian akhbar pendidikan Tutor dan e-paper Utusan Malaysia | Untung jadi cikgu. Perdana Menteri bagi tablet percuma! Buat masa ini, tablet telah diagihkan untuk guru di Sarawak. Kemudian akan diagihkan pula ke negeri lain secara berperingkat.

pemberian tablet untuk guru sekolah rendah dan sekolah menengah yang dilengkapi perisian akhbar pendidikan tutor dan e-paper utusan malaysia, tablet guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di kelas
Tablet untuk guru Sekolah Rendah dan Menengah mengakses Tutor

Pemberian komputer tablet yang dilengkapi perisian akhbar pendidikan Tutor dan e-paper Utusan Malaysia agar memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kalangan guru. Dengan adanya tablet tu nanti, mudahlah aktiviti pengajaran anak murid dan pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Selari dengan perkembangan teknologi, guru dibekalkan dengan tablet agar mudahkan kaedah pengajaran. Menerusi aplikasi pendidikan Tutor, guru dapat mengakses maklumat pengajaran untuk kelasnya. Guru bermaklumat, murid menjadi pelajar bijak pandai.

Haih seronoknya guru-guru Malaysia. Setiap sorang ada tablet. Moga penggunaan tablet dimanfaatkan sebaiknya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment