Kerjaya Pegawai ATM Dan
Umur Pencen Tentera | Ketahui
senarai tugas am, tugas ikhtisas dan tugas khas seorang pegawai ATM. Juga kategori
perkhidmatan pegawai ATM. Berapa umur pencen tentera sebenarnya. Yakni umur
bersara paksa (wajib), umur bersara pilihan, berapa lama tempoh perkhidmatan
tentera, adakah umur bersara sehingga mencapai 62 tahun? Haa, rujuk info di
bawah.
Perkhidmatan pegawai ATM |
JENIS PENTAULIAHAN
PEGAWAI ATM:
Senarai Tugas Am
– Pegawai yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang-bidang
yang diperlukan.
Senarai Tugas Ikhtisas – Pegawai yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang perubatan dan pergigian.
Senarai Tugas Khas – Anggota yang ditauliahkan secara terus daripada askar laskar kepada pegawai.
Senarai Tugas Ikhtisas – Pegawai yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang perubatan dan pergigian.
Senarai Tugas Khas – Anggota yang ditauliahkan secara terus daripada askar laskar kepada pegawai.
KATEGORI PERKHIDMATAN
PEGAWAI-PEGAWAI ATM
Pegawai Tauliah Jangka
Pendek
Ditauliahkan
selama 10 tahun dan dibenarkan menyambung perkhidmatan selama 3 tahun.
Permohonan menyambung perkhidmatan selepas 13 tahun boleh dimajukan ke pihak
atasan untuk pertimbangan dan kelulusan. Boleh memohon sebagai pegawai tauliah
tetap selepas berkhidmat selama 5 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang di
tetapkan.
Pegawai Tauliah Tetap
Jangka masa
perkhidmatan adalah tetap sehingga umur persaraan (mengikut pangkat) dan
berpencen.
Umur Pencen Tentera
Umur pencen
tentera terbahagi kepada 2 iaitu umur bersara wajib dan umur bersara pilihan. Termasuklah umur pencen TUDM, TLDM. Tempoh
perkhidmatan tentera adalah bergantung pangkat mereka.
Umur Bersara Paksa
Pangkat dan
Senarai Tugas AM/Khas
|
Umur (Tahun)
|
|
Lelaki
|
Perempuan
|
|
Kolonel dan ke
atas
|
60
|
60
|
Leftenan Kolenel
|
57
|
57
|
Mejar
|
55
|
55
|
Kapten
|
52
|
52
|
Leftenan dan
Leftenan Muda
|
50
|
50
|
Senarai Tugas
Iktisas
|
||
Semua Pangkat
|
60
|
60
|
Umur bersara paksa bagi pangkat kolonel ke atas adalah 60 tahun. Pangkat
leftenan kolenel pula pencen di usia 57 tahun. Pangkat mejar ATM pula pencen
masa umur 55 tahun. Pangkat kapten ATM pula di usia 52 tahun. Untuk pangkat leftenan
dan leftenan muda, umur pencen ialah 50 tahun. Bagi semua pangkat dalam tentera
ATM, umur bersara adalah 60 tahun.
Umur Bersara Pilih
Pangkat dan
Senarai Tugas AM/Khas
|
Umur (Tahun)
|
|
Lelaki
|
Perempuan
|
|
Kolonel dan ke
atas
|
50
|
45
|
Leftenan Kolenel
|
47
|
45
|
Mejar
|
45
|
45
|
Kapten
|
40
|
40
|
Leftenan dan
Leftenan Muda
|
40
|
40
|
Senarai Tugas
Iktisas
|
||
Semua Pangkat
|
50
|
45
|
Umur bersara pilih bagi pangkat kolonel ke atas adalah 50 tahun (lelaki)
dan 45 tahun (wanita). Pangkat leftenan kolenel pula pencen di usia 47 tahun (lelaki)
dan 45 tahun (wanita). Pangkat mejar ATM pula pencen masa umur 45 tahun. Pangkat
kapten ATM pula di usia 40 tahun. Untuk pangkat leftenan dan leftenan muda,
umur pencen ialah 40 tahun. Bagi semua pangkat dalam tentera ATM, umur bersara
adalah 50 tahun (lelaki) dan 45 tahun (wanita). Secara umumnya, umur bersara
pilihan lebih awal pencen daripada umur bersara paksa.
Info berkaitan:
Moga informasi
tentang kerjaya pegawai ATM dan umur pencen tentera membantu anda yang
kini atau bakal menjadi salah seorang anggota tentera Malaysia. Dah tahu umur
persaraan masing-masing, jadi bolehlah buat perancangan matlamat selepas
bersara kelak.
No comments:
Post a Comment