Mesti ada di antara kita yang nak tahu, bagaimana cara bersedekah
kepada orang yang telah meninggal dunia, cara mengirimkan pahala kepada si mati
(arwah). Biasanya, kita akan bersedekah Al Fatihah apabila mendengar khabar
berita tentang kematian. Bagaimana jika wanita itu dalam keadaan haid, datang
bulan. Apakah ibadah bagi wanita haid, yang ingin memberikan sedekah kepada
orang meninggal dunia.
Membaca Yasin adalah salah satu cara bersedekah untuk arwah |
Memberi sedekah untuk orang meninggal dunia adalah sesuatu yang mulia.
Mudah-mudahan sedekah kita sampai kepada mereka. Biasanya, orang sering
membacakan Yasin untuk disedekahkan kepada arwah. Namun, kalau dalam keadaan
uzur, bagaimana? Adakah amalan atau doa yang boleh disedekahkan untuk orang
yang meninggal dunia apabila seseorang wanita dalam keadaan haid?
Membaca surah Yasin kepada orang meninggal adalah sesuatu yang
disarankan Rasulullah SAW dengan sabdanya bermaksud: “Bacalah surah Yasin kepada orang-orang mati di antara kamu semua.”
(HR Abu Dawud). Bacaan hendaklah betul dan ikhlas kerana Allah SWT.
Namun, wanita haid dilarang membaca al-Quran, termasuk tidak boleh
membaca Yasin, Al-Fatihah dan membaca ayat suci al-Quran. Ada amalan lain yang
dibolehkan buat wanita haid untuk
bersedekah kepada orang meninggal dunia seperti memberi sedekah doa,
bersedekah barangan makanan, minuman, sedekah yang dikirimkan atas nama arwah, berwakaf,
istighfar mohon keampunan dan rahmat Allah SWT ke atas arwah yang meninggal.
Doa Nabi Muhammad Kepada
Orang Meninggal Dunia
“Ya Allah! Ampunilah dan
rahmatilah dia, lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan
maafkanlah dia, muliakanlah keadaannya dan luaskan kuburnya. Mandikanlah dia
dengan air, salji dan air yang dingin. Bersihkanlah dia daripada segala kesalahan
sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada segala kekotoran.
Gantikanlah rumahnya yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang
lebih baik daripada keluarganya dan pasangan yang lebih baik daripada
pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia daripada
fitnah kubur dan azab neraka.”
Auf berkata: Aku berharap biarlah aku menjadi mayat itu kerana doa
Rasulullah SAW ke atas mayat berkenaan.” (HR Muslim)
Sabda Baginda SAW bermaksud; “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya
daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya
serta ampunilah kami dan dia.” (HR Abu Daud).
Moga perkongsian cara sedekah
kepada orang meninggal dunia memberi manfaat buat semua. Harus diingat,
kita hendaklah bersedekah dengan penuh ikhlas dan mengharap keredhaan dariNya,
jangan ada rasa riak, menunjuk-nunjuk. Moga sedekah kita sampai kepada arwah.
info berguna
ReplyDelete