Tarikh Penting Dalam Kalendar Islam Di Malaysia

Tarikh penting dalam kalendar Islam di Malaysia dan seluruh dunia | Ada yang tertanya-tanya bila tarikh penting dalam bulan Islam? Tarikh penting dalam kalendar Islam merujuk kepada hari sambutan masyarakat Islam seluruh dunia juga di Malaysia, hari kebesaran dan hari sejarah umat Islam.

tarikh penting dalam bulan islam, tarikh penting dalam islam tahun 2016 di malaysia, tarikh penting islam 2016, hari sejarah islam, hari sambutan kebesaran islam, tarikh penting dalam kalendar islam di malaysia dan seluruh dunia
Tarikh Penting Dalam Kalendar Islam Di Malaysia

12 Rabiulawal - Maulidur Rasul
Maulidur Rasul adalah tarikh kelahiran Rasul/ Nabi Muhammad S.A.W

27 Rejab - Israk dan Mikraj
Peristiwa Israk dan Mikraj dilalui oleh Nabi Muhammad yang berlaku hanya dalam satu malam. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

1 Ramadan – Bulan Puasa
Ramadan merupakan bulan seluruh umat Islam di dunia berpuasa.

17 Ramadhan - Nuzul al-Quran
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad. 5 ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

1 Syawal - Hari Raya Puasa/ Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri menandakan berakhirnya bulan Ramadan setelah menjalani ibadat puasa selama sebulan.

10 Zulhijjah - Hari Raya Korban/ Hari Raya Aidiladha/ Hari Raya Haji
Hari Raya Aidiladha mengaitkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah SWT dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

1 Muharam - Awal Muharam/ Maal Hijrah
Maal Hijrah memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah.

Tarikh Penting Dalam Bulan Islam:
10 Muharram - Hari 'Asyura (Hari Kematian Saidina Hussain bin Ali, cucu Rasulullah SAW)
1 Rabiul Awal - Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul
2, 3 & 4 Rabiul Awal - Rasulullah bersembunyi di Gua Hira'
8 Rabiul Awal - Pembinaan Masjid Quba' (Masjid pertama dalam sejarah Islam)
12 Rabiul Awal - Hari Kewafatan Baginda Rasulullah
12 Rabiul Awal - Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan Sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam.
8 Jamadil Awal - Hari kelahiran Saidina Ali bin Abi Talib
8 Jamadil Akhir - Saidina Umar dilantik menjadi Khalifah kedua
20 Jamadil Akhir - Tarikh kelahiran Siti Fatimah
28 Jamadil Akhir - Wafatnya Saidina Abu Bakar
14 Syaban - Malam Nifsu Sya'ban
15 Syaban - Pertukaran kiblat dari Masjid Al-Aqsa ke Kaabah Masjidil Haram
8 Ramadan - Perang Badar
10 Ramadan - Pembukaan Makkah
17 Ramadan - Pembunuhan Saidina Ali di Kufah
5 Syawal - Perang Uhud
1 Zulhijjah - Hari menentukan tarikh untuk Hari Raya Aidiladha
8 Zulhijjah - Hari Haji Wida' Nabi yang terakhir
18 Zulhijjah 23H - Saidina Othman mati di bunuh
29 Zulhijjah - Saidina Omar mati di bunuh

Tandakan dalam handphone anda, dalam kalendar, dalam buku nota anda tentang tarikh penting dalam kalendar Islam di Malaysia dan seluruh dunia ini. Moga dengan mengingati dan menghayati hari bersejarah ini menjadikan kita seorang muslim yang berperibadi mulia.

No comments:

Post a Comment