Gaji, Kelayakan & Tugas Askar Laskar

Gaji, Kelayakan & Deskripsi Tugas Askar Laskar | Ingin menjadi Askar Laskar? Nak tahu apa syarat kelayakan Askar Laskar? Berapa gaji Askar Laskar dan juga apa tugas Askar Laskar. Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Askar Laskar akan dibuka jika ada kekosongan jawatan. Nantikan pengumuman pengambilan Askar Laskar 2016 pada bila-bila masa.

gaji Askar Laskar, syarat kelayakan dan tugas Askar Laskar, permohonan jawatan kosong dan kerja kosong Askar Laskar, pengambilan Askar Laskar 2016, permohonan kerja lepasan spm
Gaji, Kelayakan & Tugas Askar Laskar
Gaji Askar Laskar
Gaji Askar Laskar untuk permulaan di band 1 iaitu RM1,136.83 setelah lulus Kursus Asas Perajurit Muda selama 6 bulan. Manakala gaji maksimum askar laskar ialah RM5,474.76.


Syarat Kelayakan Askar Laskar
1. Warganegara Malaysia
2. Permohonan pekerjaan lepasan SPM harus memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
3. Lulus Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
4. Lulus Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris peringkat SPM
5. Lulus ujian pemeriksaan fizikal

Apa itu Askar Laskar
Perkhidmatan Askar Laskar dalam Angkatan Tentera Malaysia. Seseorang askar laskar akan didaftarkan selama 12 tahun dan dibenarkan menyambung perkhidmatan selama 3 tahun berturut-turut sehingga 21 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Setelah 21 tahun berkhidmat, anggota tersebut layak menerima pencen.

Dari segi pangkat pula, seorang askar laskar berpeluang untuk diberikan pangkat sepanjang perkhidmatan berdasarkan prestasi dan kecemerlangan kursus-kursus kerjaya.

Struktur pangkat askar laskar dalam Angkatan Tentera Malaysia
Bil
Tentera Darat
Tentera Laut
Tentera Udara
1.
Pegawai Waran I
Pegawai Waran I
Pegawai Waran Udara I
2
Pegawai Waran II
Pegawai Waran II
Pegawai Waran Udara II
3
Staf Sarjan
Bintara Kanan
Flait Sarjan
4
Sarjan
Bintara Muda
Sarjan Udara
5
Koperal
Laskar Kanan
Koperal Udara
6
Lans Koperal
Laskar Kelas I
Laskar Udara Kanan
7
Laskar Kelas II
Laskar Kelas I
8
Laskar Kelas II
9
Prebet
Laskar Muda
Laskar Udara
10
Perajurit Muda
Perajurit Muda
Perajurit Muda

Deskripsi Tugas Askar Laskar
Askar Laskar menjalankan tugas-tugas dalam bidang-bidang kemahiran tertentu berdasarkan tred yang telah ditentukan di dalam ketiga-tiga perkhidmatan. Peluang terbuka luas bagi seorang askar laskar untuk meningkatkan kemahiran melalui kursus-kursus tred sehingga peringkat tertinggi yang dibayar melalui sistem 'pay band'.

Peluang dan Kemudahan Anggota Angkatan Tentera Malaysia
Peluang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.
Perkhidmatan kesihatan dan pergigian percuma di setiap kem/pengkalan.
Berek bujang dan rumah keluarga disediakan.
Cuti tahun mengikut pangkat.
Rebat keretapi dan kapal terbang.
Bantuan pendidikan.
Bayaran elaun dan insentif sebagai seorang pegawai tentera.
Berpeluang untuk ditauliahkan sebagai seorang pegawai tentera.

Moga perkongsian tentang Gaji, Kelayakan dan Tugas Askar Laskar membantu mereka yang ingin menjadi kakitangan penjawat awam. Selamat maju jaya. Semoga terpilih!

2 comments:

  1. Wahai ank muda bangkitlh Dan sertai angkatan tentera...#Matilh sbb mempertahankn ugama,bsngsa,Dan NeGaRa...s3moGa kaLuan s3mua d berkati.

    ReplyDelete