Keputusan Pilihanraya Sarawak 2016 (PRN11)

Keputusan Pilihanraya Sarawak 2016 (PRU DUN KE-11) | Teruja nak tahu parti mana yang menang dalam Pilihanraya Sarawak 2016 (PRU 11) yang berlangsung pada 7 Mei 2016. Tahniah kepada pemenang parti politik, calon pemimpin pilihan pengundi rakyat Sarawak.

Lihat:

keputusan pilihanraya sarawak 2016 (pru dun ke-11), keputusan pilihanraya sarawak 2016 dewan undangan negeri ke 11, jumlah kerusi dan parti menang prn sarawak 2016 ke 11, pru dun sarawak ke 11
Sarawak Sejalai - PRU DUN Sarawak ke 11
Keputusan Pilihanraya Sarawak 2016 (PRN11)
Jom lihat keputusan Pilihanraya Sarawak 2016 Dewan Undangan Negeri ke 11 (PRU DUN 11) seperti tertera di bawah. Tahniah buat Team Adenan yang menang majoriti PRN Sarawak ke-11 kali ni.

Jumlah Kerusi Menang Pilihanraya Sarawak 2016 (PRN11)
BN – 72
PKR – 3
PAS – 0
DAP – 7
BEBAS – 0
AMANAH – 0

Dari dulu hingga sekarang, aku sangat kagum melihat kemajuan Kota Sentosa. Orang Sarawak panggil Bandar Batu 7. Tak sia-sia mereka yang mengundi, pengundian yang berbaloi untuk pemimpin parti DAP di Kota Sentosa. Membangun pesat!

Begitulah yang kita nak, tak kisah lah siapa yang memegang tampuk politik sesuatu tempat, amanah rakyat, pemimpin pilihan rakyat harus menjalankan tugasnya sebaiknya. Memberi kemajuan untuk rakyat. Membangunkan kawasan jajahannya demi kesejahteraan rakyat setempat.

Tahniah buat pemenang parti yang mendapat undian majoriti PRN Sarawak terbanyak. Keputusan Pilihanraya Sarawak 2016 (PRN11) memang dah jangka Barisan Nasional (BN) paling banyak menang. Sejak dari dulu lagi, kerusi BN memang kukuh di Sarawak. Di tambah lagi kehebatan pimpinan Ketua Menteri Sarawak iaitu Dato’ Adenan Satem. Banyak kemajuan diperjuangkan oleh Tok Nan untuk orang Sarawak.

Antara yang aku sangat-sangat suka adalah menghapuskan tol. Dengan itu, kenderaan kami boleh lalu dengan percuma tanpa perlu bayar tol yang dahulunya dicaj RM3.00 di Tol Jambatan Lanang Sibu. Lagi? Tak sabar nak guna lebuh raya Pan Borneo. Lagi? Untuk kesemua perjuangan Tok Nan untuk orang Serawak. Lagi? Sila tambah korang____.

No comments:

Post a Comment