Soalan Dan
Jawapan Ujian Peperiksaan Pendidikan Moral Tingkatan 3 | Nak tahu apa soalan ujian untuk kertas pendidikan
moral tingkatan 3? Lihat sini. Bank soalan pendidikan moral tingkatan 3. Berikut
merupakan contoh kertas soalan peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun pendidikan
moral tingkatan 3.
SOALAN UJIAN
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3
ARAHAN:
1. Kertas ini mengandungi dua bahagian
soalan.
2. Bahagian A terdiri
daripada soalan aneka pilihan (Soalan 1 hingga 40)
3. Bahagian B soalan
subjektif (Soalan 41 hingga 50)
JAWAPAN:
1
|
B
|
2
|
B
|
3
|
C
|
4
|
C
|
5
|
C
|
6
|
B
|
7
|
C
|
8
|
C
|
9
|
B
|
10
|
B
|
11
|
B
|
12
|
C
|
13
|
A
|
14
|
C
|
15
|
B
|
16
|
D
|
17
|
C
|
18
|
A
|
19
|
A
|
20
|
C
|
21
|
B
|
22
|
B
|
23
|
D
|
24
|
B
|
25
|
C
|
26
|
C
|
27
|
D
|
28
|
B
|
29
|
D
|
30
|
A
|
31
|
A
|
32
|
A
|
33
|
D
|
34
|
C
|
35
|
A
|
36
|
D
|
37
|
C
|
38
|
D
|
39
|
C
|
40
|
C
|
41
|
keikhlasan
|
42
|
pegangan
|
43
|
amanah
|
44
|
bertanggungjawab
|
45
|
kesungguhan
|
46
|
cemerlang
|
47
|
produktiviti
|
48
|
kesejahteraan
|
49
|
konflik
|
50
|
hemah tinggi
|
Soalan Peperiksaan Pendidikan Moral Tingkatan 3 |
Bahagian A: Pilih jawapan yang paling sesuai.
1 Semua
perlakuan di bawah menunjukkan nilai bertanggungjawab, kecuali
A seorang
pengurus syarikat menyediakan laporan yang lengkap dan tanpa sebarang
kesalahan.
B para pelajar
menghabiskan masa terluang di pusat-pusat siber.
C juruterbang
memeriksa keadaan kapal sebelum memulakan penerbangan.
D cikgu
memeriksa buku kerja pelajar dengan teliti.
2 Pilih
kepentingan nilai toleransi.
I Mewujudkan
keamanan dalam masyarakat
II Mengelakkan
perselisihan faham
III Mengelakkan
pergaduhan
IV Mencetuskan
isu perkauman
A I dan
II C II,III
dan IV
B I,II dan
III D Semua di atas
3 Setiap kelakuan di bawah menunjukkan nilai hemah tinggi, kecuali
A Rosli
bertutur secara sopan dan lemah lembut kepada semua orang, tidak kira yang tua
atau yang muda.
B Rafidah tidak
menggunakan kata-kata kesat dalam pertuturannya.
C Zunainah suka
bermegah-megah apabila memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
D Yong Chai
duduk dengan sopan di hadapan tetamu.
4
X dalam rajah di atas ialah
A Melaksanakan
tugas dengan baik
B Sabar
C Beradab sopan
D Menjaga
maruah diri.
5
X ialah nilai
A amanah C
bertanggungjawab
B harga
diri D hemah tinggi
6 Perkataan bertanggungjawab bermaksud
A berani
menghadapi sesuatu tugas yang diberikan.
B kesanggupan
untuk memikul sesuatu tugas dengan sempurna
C perasaan
bangga apabila diberi kepercayaan melakukan sesuatu tugas.
D ketabahan
dalam menyiapkan sesuatu tugas
7 Mengapakah sikap bertanggungjawab
perlu dipraktikkan oleh setiap individu?
A mudah mengambil
hati majikan
B dapat
mewujudkan masyarakat yang suka bersaing.
C dapat
melakukan sesuatu tugas dengan sempurna.
D dapat
mengurangkan kos Perbelanjaan.
8 Apakah nilai
yang perlu menjadi pegangan setiap kakitangan kerajaan terhadap piagam pelanggan
yang dipamerkan di pejabat?
A Rasional
B Keadilan
C Bertanggungjawab
D Kesedaran
9 Yang berikut
merupakan ciri-ciri budaya cemerlang kecuali
A sentiasa
berdaya saing
B mementingkan
kuantiti daripada kualiti
C mempunyai wawasan
untuk mencapai kecermerlangan
D mengamalkan
etika dan moral di dalam sesebuah organisasi.
10 Mesin
fotostat telah rosak ketika digunakan oleh Aiman. Apakah tindakan yang
sepatutnya dilakukan oleh Aiman?
A Meninggalkan
mesin fotostat begitu sahaja.
B Melaporkan
kerosakan kepada bahagian pengurusan.
C Mencuba
membaiki kerosakan tersebut.
D Menuduh orang
lain yang merosakkan mesin tersebut.
11 Apakah
kepentingan sikap berhemah tinggi dalam pergaulan seharian?
A dapat
mempamerkan kebaikan diri
B dapat
mengelakkan perselisihan faham
C mudah
menerima simpati daripada orang lain
D meningkatkan
kebolehan diri individu.
12 Antara
berikut, perlakuan yang manakah bukan menggambarkan nilai hemah tinggi?
A mengakui
kesalahan yang telah dilakukan.
B tidak
bersangka buruk terhadap orang lain
C berasa malu
apabila menerima teguran
D bersedia
memperbaiki kelemahan diri.
13 Nilai hemah
tinggi merupakan kompenan kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam
prinsip
A Rukun Negara
B Piagam Negara
C Rang
Undang-Undang
D Perlembagaan
Negara
14 Dalam suatu
mesyuarat, Kavitha telah ditegur oleh majikannya di hadapan rakan-rakannya yang
lain. Kavitha sepatutnya
I tidak
bertegur dengan majikannya
II menerima
teguran itu dengan hati yang terbuka.
III berusaha
memperbaiki dirinya.
IV tidak
mengendahkan teguran
tersebut.
A I dan
II C II
dan III
B I dan
IV D III dan IV
15 Amalan
berhemah tinggi ketika menerima kritikan mencerminkan perkara berikut, kecuali
A kebaikan hati
B kehebatan
diri
C kerendahan
hati
D kemuliaan
peribadi
16 Individu
yang mengamalkan sikap toleransi akan
I mengambil
peluang untuk mencari kesalahan orang lain.
II enggan
memahami masalah yang dihadapi oleh orang lain.
III sentiasa
mengawal tingkah laku dan emosi.
IV mengelakkan
diri dalam sebarang pertelingkahan.
A I dan
II B I
dan IV
C II dan
III D III dan IV
17 Antara berikut, pernyataan yang manakah tidak menerangkan nilai toleransi?
A bersedia
memaafkan orang lain
B menghormati
hak orang lain
C memberi
bantuan kepada saudara-mara sahaja
D menerima
teguran atau pandangan orang lain
18 Yang berikut
merupakan ciri-ciri toleransi ketika menyelesaikan sesuatu masalah?
I menghormati
pendapat orang lain
II sentiasa
berpandangan positif
III sentiasa
bersaing untuk mengeluarkan pendapat yang terbaik
IV saling
menyalahkan antara satu dengan yang lain
A I dan
II C II
dan III
B I dan
IV D III dan IV
19 Perbuatan
yang manakah tidak menggambarkan nilai toleransi?
A Aizad
sentiasa mencurigai kawannya yang pernah melakukan kesalahan
B Daniel
sentiasa mengawal emosinya ketika menyelesaikan sesuatu masalah
C Trisha
sentiasa bersabar apabila dikritik dan ditegur oleh rakannya
D Dahlia
sentiasa tenang apabila menghadapi masalah
20. Sesuatu
masalah atau konflik boleh diselesaikan dengan
A berkongsi
masalah dengan ramai orang
B membawa
masalah tersebut ke muka pengadilan
C berbincang
untuk mencari jalan penyelesaian masalah
D menggunakan
kekerasan untuk menyelesaikan masalah.
21. Apakah yang akan terjadi sekiranya
alam sekitar tidak ditadbir dengan baik?
- Keseimbangan ekosistem akan terjejas
- Struktur tanah menjadi tidak seimbang
- Manusia akan hidup dalam keadaan tertekan
- Kebahagiaan manusia dan makhluk lain akan tergugat
A. I, II dan
III
B. I, II dan
IV
C. I, III dan
IV
D. II, III dan
IV
22. Mengapakah hutan perlu dipulihara?
- Kerana hutan merupakan kawasan tadahan air
- Kerana hutan menjadi tempat tinggal manusia
- Kerana hutan mampu memberikan pulangan yang lumayan
- Kerana hutan merupakan habitat flora dan fauna
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
23. Mengapakah kita perlu mengekalkan
keindahan alam sekitar?
A. Kerana alam
sekitar mampu mempengaruhi kehidupan kita
B. Kerana alam
sekitar dapat menjamin kekayaan manusia
C. Kerana alam
sekitar menghasilkan kayu-kayan yang berharga
D. Kerana alam
sekitar merupakan khazanah yang sangat bernilai
24. Terdapat sesetengah pihak yang
memburu hidupan liar semata-mata untuk
A.
Memperlihatkan kehebatan berburu
B. Mendapatkan
organ sebagai penawar penyakit
C. Memuaskan
nafsu berburu
D. Menghapuskan
spesies haiwan tersebut
25. Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri
orang yang amanah?
A. Sentiasa
berpegang kepada janji
B. Mengamalkan
nilai membenci rasuah
C. Menggunakan
kuasa yang diberi dengan sewenang-wenangnya
D.
Melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna
26. Yang berikut merupakan etika kerja
yang perlu diamalkan, kecuali
A.
Meningkatkan kecekapan kerja
B. Menekankan
daya pengeluaran dan mutu yang tinggi
C. Memberi
keutamaan kepada kepentingan individu
D. Menunjukkan
kesetiaan kepada negara dan organisasi tempat bekerja
27. Apakah langkah yang perlu diambil
oleh kerajaan untuk mengelakkan penerokaan hutan sewenang-wenangnya?
A.
Mengharamkan pengusaha balak memasuki hutan
B. Mewartakan
kawasan hutan persendirian
C. Memelihara
lebih banyak haiwan liar
D.
Menguatkuasakan akta dan undang-undang yang lebih tegas
28. Apakah implikasi daripada sikap
seseorang pekerja yang tidak amanah?
A. Mengubah
struktur pentadbiran sesebuah organisasi
B. Menjejaskan
produktiviti sesebuah organisasi
C.
Mempengaruhi pekerja yang lain
D. Menimbulkan
kemarahan pekerja lain
29. Berikut merupakan tindakan yang
perlu ada dalam Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, kecuali
A. Memupuk
nilai membenci rasuah
B. Mematuhi
sepenuhnya kod Etika Jabatan
C. Bekerjasama
dengan mana-mana pihak untuk memerangi rasuah
D. Melaporkan
sebarang kegiatan jenayah kepada pihak polis
30. Pada pendapat anda, mengapakah
terdapat pihak yang melakukan pembalakan secara haram?
- Ingin mengaut keuntungan semata-mata
- Menganggap alam sekitar hak individu
- Mengeksploitasi kazanah hutan yang bernilai
- Ingin menghapuskan hidupan liar
A. I,
II dan III
B. I, II dan
IV
C. I, III dan
IV
D. II, III dan
IV
31. Sikap amanah perlu dipupuk sejak
kanak-kanak supaya
A. Mereka
tidak terpengaruh dengan budaya negatif
B. Mereka
dapat menaikkan imej keluarga
C. Mereka
sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat
D. Mereka
dapat berbangga dengan diri mereka
32. Apakah yang dimaksudkan dengan
menjaga maruah diri?
A. Menjaga
nama baik diri dan keluarga
B. Mempunyai
keyakinan diri yang tinggi
C. Menunjukkan
prestasi cemerlang dalam bidang yang diceburi
D. Melibatkan diri
dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan
33. Antara berikut, yang manakah bukan cara
untuk meningkatkan harga diri?
A. Mempunyai
pegangan agama yang kukuh
B. Menjalinkan
hubungan mesra dengan anggota masyarakat
C. Mempunyai
nilai moral dan akhlak yang tinggi
D. Membanding
bezakan kelebihan yang ada pada diri dan orang lain
34. Yang berikut perlakuan individu
yang mengamalkan gaya hidup sihat dari segi emosi, kecuali
A. Berupaya
menyelesaikan sesuatu masalah
B. Sabar dan
tabah ketika berhadapan dengan masalah
C. Sering
meletakkan kesalahan terhadap diri sendiri
D. Sentiasa
bersikap tenang dan sabar
35. Apakah kesan yang akan timbul
sekiranya kita tidak mempunyai harga diri?
- Mudah terjebak dengan gejala negatif
- Dipandang serong oleh masyarakat
- Hilang pekerjaan dan sumber pendapatan
- Struktur keluarga tidak akan berkembang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
36. Apakah kepentingan mengamalkan
sikap amanah dalam melaksanakan sesuatu tugas?
A. Mendapat
pujian daripada pihak atasan
B. Dapat
memperbaiki kelemahan yang ada pada diri
C. Dapat
mempamerkan nilai murni yang ada pada diri
D. Meraih
kepercayaan dan keyakinan daripada orang lain
37. Bagaimanakah cara untuk
mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif?
A. Mencuba
sesuatu yang baru
B. Mempercayai
orang yang baru dikenali
C. Bijak
memilih rakan sebaya
D. Mengelakkan
diri daripada bergaul dengan orang lain
38. Apakah peranan remaja untuk
menangani gejala sosial?
- Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
- Menjaga perlakuan diri di hadapan orang yang tidak dikenali
- Berpegang teguh kepada ajaran agama
- Menjauhkan diri daripada perlakuan negatif
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
39. Yang berikut, yang manakah bukan ciri-ciri
toleransi?
A. saling
memahami
B. saling
menghormati
C.
mementingkan diri
D. berfikiran
terbuka
40. Apakah definisi nilai berdikari?
A.
tanggungjawab terhadap tugasan
B. berbudi
pekerti dan beradab sopan dalam pergaulan
C. kebolehan
dan kesanggupan melakukan sesuatu dengan usaha sendiri
D. menerima
kritikan orang lain dengan
fikiran terbuka
Bahagian B: Soalan 41 hingga 50.
Isi tempat kosong dalam pernyataan di
bawah dengan jawapan yang sesuai.
hemah
tinggi amanah kesejahteraan pegangan
cemerlang konflik bertanggungjawab keikhlasan
produktiviti kesungguhan
41 Seseorang
pekerja mestilah menjaga imej syarikatnya dan mencurahkan bakti dengan penuh
…………………………………….
42 Prinsip
akhlak atau nilai moral perlu menjadi………………………………..dan garis panduan bagi
seseorang semasa melakukan sesuatu pekerjaan.
43 Encik
Samsudin seorang pekerja yang berpegang teguh pada etika kerja. Dia sama sekali
tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh menjatuhkan imej syarikat
kewangan tempat dia bekerja. Dia ialah seorang yang ………………………………
44 Individu
yang mengamalkan sikap amanah merupakan individu yang …………………………….
45 Nilai
bertanggungjawab dapat memupuk sikap…………………………………… dalam pekerjaan.
46 Sikap
bertanggungjawab penting untuk mewujudkan budaya kerja yang ……………………… bagi
sesebuah organisasi.
47 Pekerja yang
melakukan sesuuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh dapat membantu
meningkatkan …………………………… syarikat.
48 Sikap
bertoleransi perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat untuk mewujudkan
…………………………………… hidup.
49 Sikap saling
menghormati pendapat dan perasaan orang lain amat penting dalam penyelesaian
sesuatu…………………………..
50 Pelajar yang
mempunyai nilai……………………………….……. akan sentiasa menilai kelakuan diri dan cuba
mengatasi kelemahan diri agar dirinya berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian.
Soalan Peperiksaan
Pendidikan Moral tingkatan 3 untuk rujukan guru dan pelajar. Untuk melihat contoh soalan ujian kertas
moral lain tengok sini: SOALAN
UJIAN TENGAH TAHUN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3. Selamat mengulangkaji.
No comments:
Post a Comment