Tema Hari Guru Malaysia 16
Mei 2016: Guru Pembina Negara Bangsa | Tanggal 16 Mei, hari bersejarah buat guru-guru
seluruh dunia. Selamat hari guru! Kerana guru kami bijak pandai. Kerana cikgu
kami pandai mengira dan membaca. Besarnya pengorbanan seorang guru.
Kasi gegar Hari Guru! Saksikan:
Untuk cikgu dan cikgi kami:
Hari Guru 16 Mei 2016, Membawa Tema Guru Pembina Negara Bangsa |
Kini tugasan menjadi cikgu sangat mencabar. Seringkali kita terdengar
berita guru disaman oleh ibu bapa murid. Kes buli di sekolah. Guru diugut dan
sebagainya. Moga mereka yang bergelar guru tabah menghadapi dugaan sepanjang
bergelar pendidik anak bangsa. Jadi guru kena ada kesabaran yang tinggi. Sabar dalam
mendidik, mengajarkan ilmu, sabar ketika berdepan pelajar bermasalah.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) transformasi pendidikan ke
arah kemajuan pendidikan abad 21. Peranan guru menghasilkan modal insan yang
memiliki daya kepemimpinan tinggi, adil, berdikari, mampu hidup sempurna dalam
sebuah masyarakat demokratik dan mempunyai nilai peradaban tinggi.
Guru bersedia merealisasikan matlamat PPPM dan menggariskan perubahan
kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan penyemakan semula
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Pendidikan abad ke-21 juga menuntut warga guru memberi penekanan
kepada pembangunan murid secara holistik, pembangunan sahsiah dan jati diri
secara kukuh sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru mampu
dan bersedia dengan sentuhan era baharu menjadikan murid berminda kelas
pertama, patriotik, mempraktikkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang
kukuh dan mampu berkomunikasi secara berkesan.
Menuju era pendidikan gobal, penekanan dititikberatkan kepada pendidikan
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dikenali STEM dan juga peningkatan
penyampaian pengetahuan, memperkasa pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET).
Anda orangnya penyabar? Berminat menjadi
pendidik? Haa kerjaya guru amat sesuai untuk anda. Sebanyak 80,000 calon
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memohon menyambung pengajian Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan sesi 2016. Begitu ramai yang memohon ingin memilih
kerjaya cikgu. Buat guru-guru suluruh Malaysia, Selamat Hari Guru ye. Guru Pembina Negara Bangsa tercinta!
No comments:
Post a Comment