Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta TV3

Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta TV3 Slot Akasia| Seindah Takdir Cinta mengisahkan
Mia Karmila (Amyra Rosli) anak orang kaya kepada Dato’ Kamal (Azri Iskandar) dan Datin Mariam (Ifa Raziah). Kehidupan Mia Karmila penuh kemewahan! Namun siapa sangka gadis mementingkan gaya hidup moden itu akhirnya berubah hati menjadi seorang yang bersederhana dalam segala hal. Semuanya gara-gara lelaki bernama Shahriman! Siapa Shahriman? Shahriman (Saharul Ridzwan) seorang pemandu teksi yang berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.


Dari seorang gadis moden dan sosial telah dalam sekelip mata mahu berjihad mengumpul saham akhirat. Tanpa mereka sedari, melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Manakala Adrian (Redza Rosli), satu-satunya anak lelaki Tan Sri Affendy dan Puan Sri Zalina terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya sebagai seorang lelaki mancho, bergaya dan kaya raya, walaupun ramai perempuan lain yang lebih dari bersedia untuk memenuhi segala kehendak Adrian itu.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa jua pun syarat yang diminta oleh Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila mesti jadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga akhirnya menerima ijabkabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui bahawa Shahriman bagaikan dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya

Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya.

Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital.

Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.

Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus.

Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di hadapan Baitullah.

Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada Adrian? Saksikan segalanya dalam drama Seindah Takdir Cinta di kaca tv anda. Seindah Takdir Cinta TV3 menggantikan drama Duda Terlajak Laris yang tamat pada 24 Mei 2016.

Pelakon Drama Seindah Takdir Cinta TV3
Amyra Rosli - Mia Karmila
Saharul Ridzwan - Shahriman
Redza Rosli - Adrian
Azri Iskandar - Dato Kamal
Ifa Raziah - Datin Mariam
Amai Kamaruddin - Fendi
Nazzaty Rusli - Zetty
Haff Ridzuan - Faizal
Tatty Hassan
 Lydia Saimon
 Nazmi Nordin
 Aina Abdul
 Aidit Noh
 Abdul Rahman Suud
 Raja Ema

Gambar Drama Seindah Takdir Cinta TV3
sinopsis drama seindah takdir cinta tv3, pelakon dan gambar drama seindah takdir cinta tv3, seindah takdir cinta episod akhir – episod 28, sinopsis novel seindah takdir cinta karya kamsiah abu
Drama Seindah Takdir Cinta TV3 merupakan drama adaptasi novel hasil karya novelis Kamsiah Abu

Tonton drama Seindah Takdir Cinta
Tarikh Seindah Takdir Cinta disiarkan: 25 Mei 2016
Jumlah episod drama Seindah Takdir Cinta: 28
Seindah Takdir Cinta episod akhir – episod 28
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 7.00 – 8.00 malam
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment