Untuk misi/ nurse/ jurururawat/ bidan yang pernah merawat aku, aku
ucapkan Selamat Menyambut Hari Jururawat
Sedunia. 12 Mei 2016 merupakan sejarah hari jururawat. Apa tema Hari
Jururawat Sedunia 2016? Jom baca. "Pengorbananmu Disanjungi" menghulurkan
bantuan bila-bila masa, di klinik, di hospital, dalam ambulan. Mulianya pekerjaan
seorang jururawat.
Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia 12 Mei 2016 |
Terima kasih buat jururawat yang telah membantu aku sepanjang aku
mengandung tahun lepas. Memeriksa kandungan aku, memberi khidmat nasihat, juga
bidan hospital yang berusaha keras memastikan aku melahirkan bayi comel dengan
selamat. Merasai layanan seorang jururawat hanya setelah aku dalam proses
kehamilan dan melahirkan anak. Thank you nurse, misi dan jururawat.
Kalau nak tahu, Hari Jururawat
Sedunia ataupun dikenali Hari Jururawat Antarabangsa (International Nurses Day) diadakan setiap tahun
pada 12 Mei untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat.
Tema Hari Jururawat
Antarabangsa
Nak tahu apa tema sambutan Hari Jururawat ataupun slogan Hari
Jururawat. Jom lihat senarai tema-tema Hari Jururawat Sedunia bermula tahun
1988 hingga 2016.
1988 - Keibuan yang selamat
1989 - Kesihatan Sekolah
1990 - Jururawat dan Persekitaran
1991 - Kesihatan Mental - Jururawat sedang bertugas
1992 - Penuaan yang sihat
1993 - Kualiti, kos dan kejururawatan
1994 - Keluarga yang sihat untuk negara yang sihat
1995 - Kesihatan wanita - Jururawat merintisnya
1996 - Kesihatan yang baik menerusi kajian kejururawatan
1997 - Golongan muda yang sihat = masa depan yang lebih cerah
1998 - Berganding bahu untuk kesihatan komuniti
1999 - Menyambut kejururawatan masa lalu, menjana masa depan
2000 - Jururawat - Sentiasa di sisi anda
2001 - Jururawat, sentiasa di sisi anda: Bersatu menentang kekerasan
2002 - Jururawat, sentiasa di sisi anda: Menyayangi keluarga
2003 - Jururawat: Menentang stigma AIDS, bekerja untuk semua
2004 - Jururawat: Bekerja dengan yang miskin; menentang kemiskinan
2005 - Jururawat untuk keselamatan pesakit: Mensasarkan pada ubat
palsu dan pengubatan substandard
2006 - Perjawatan yang selamat dapat menyelamatkan nyawa
2007 - Persekitaran amalan positif: Tempat kerja berkualiti =
Penjagaan pesakit berkualiti
2008 - Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti: Jururawat
mendahului penjagaan kesihatan utama
2009 - Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti: Jururawat
mendahului inovasi penjagaan
2010 - Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti: Jururawat
mendahului penjagaan kronik.
2011 - Merapatkan jurang: Menambah akses dan ekuiti
2016 – Pengorbananmu disanjungi
Adakah dalam keluarga anda ada yang bekerja sebagai jururawat? Wah seronoknya.
Ada si penyelamat dalam keluarga anda. Superwomen yang membantu merawat bila
ahli keluarga sakit. Misi, jururawat, nurse dan bidan selamat menyambut Hari Jururawat Sedunia ye. Moga anda semua
dikurniakan kesihatan yang baik setiap hari. Membawa prinsip ‘Kami Sedia Membantu’, sesungguhnya pengorbananmu
disanjungi seluruh masyarakat. Terima kasih jururawat.
No comments:
Post a Comment