Sinopsis Drama Sekali Aku Jatuh Cinta TV3

Sinopsis Drama Sekali Aku Jatuh Cinta TV3 | Sekali Aku Jatuh Cinta mengisahkan Johan (Syafiq Kyle) berasa sangat bangga akhirnya berjaya juga dia menamatkan pengajian kejururawatannya biarpun selalu diejek oleh rakan-rakan kerjayanya itu.

Sinopsis drama Sekali Aku Jatuh Cinta TV3, pelakon dan gambar drama Sekali Aku Jatuh Cinta TV3
Drama Sekali Aku Jatuh Cinta lakonan Mimi Lana dan Syafiq Kyle

Johan mempunyai sahabat baik bernama Ana (Faye Khushari). Ke mana sahaja Ana pergi pasti ada Johan di situ. Johan masih bergelar pelajar jurusan jururawat.

Izzati (Mimi Lana) anak orang kaya. Izzati mempunyai seorang datuk yang paling disayanginya dalam keluarga bernama Tok Ayah (Razak Ahmad). Tok ayah menghidap sakit jantung. Jadi seluruh keluarga sentiasa mengambil berat akan kesihatan Tok ayah.

 Zain (Roy Azman) ayah Izzati manakala Aishah (Aida Khalida) ibu Izzati. Kedua ibu bapanya sangat tegas dalam memastikan Tok ayah makan ubat tepat pada masanya. Namun, Tok ayah tak lalu nak telan ubat hari-hari. Tok ayah berpura-pura mengambil ubatnya.

Izzati sangat rapat dengan datuknya. Suatu hari, ketika Izzati membawa datuknya keluar makan di luar, Tok ayah diserang sakit jantung. Izzati panik tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ketika itu, Johan turut ada di restoran itu. Johan tergopoh-gapah menghulurkan pertolongan. Johan kelam kabut mengingati semua pelajarannya bagaimana cara berhadapan pesakit jantung. Johan cuba menenangkan Tok ayah dan sempat memperkenalkan dirinya sebagai seorang jururawat.

Tok Ayah tanya betul ke Johan bekerja sebagai jururawat? Johan mengaku walaupun dia sebenarnya bakal jururawat saja. Tok ayah tanya berapa gaji, kalau nak ambil dia sebagai jururawat dan tukang masak. Johan bukanlah pandai sangat menjaga orang sakit jantung. Setiap malam dia mencari maklumat di internet tentang penyakit itu.

Diupah sebagai penjaga pesakit jantung. Namun dirinya masih cetek ilmu kejururawatan. Ditambah jatuh cinta pada cucu Tok ayah, si Izzati. Apa lagi, Johan cuba menggunakan peluang keemasan sebaik mungkin. Dengan itu dapatlah dia merapati gadis kesukaannya itu. Adakah rancangan Johan berjalan lancar? Saksikan segalanya dalam drama Sekali Aku Jatuh Cinta di kaca tv anda.

Pelakon Drama Sekali Aku Jatuh Cinta TV3
Syafiq Kyle – Johan
Mimi Lana – Izzati
Razak Ahmad – Tok Ayah
Roy Azman – Zain
Aida Khalida – Aishah
Faye Khushari – Ana

Sinopsis drama Sekali Aku Jatuh Cinta TV3, pelakon dan gambar drama Sekali Aku Jatuh Cinta TV3
Gambar Drama Sekali Aku Jatuh Cinta TV3

Saksikan drama Sekali Aku Jatuh Cinta
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 6.30 petang
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment