Tersedar Diri Ketika
Dibedah! Pengalaman Pembedahan Mengerikan!! | Mungkin inilah yang dikatakan
dibedah hidup-hidup. Terjaga ketika sedang dibedah, bayangkan andalah yang berada
di atas katil bedah dikelilingi doktor dan lampu terang menyala. Seram! Ada juga
pesakit merasai kesakitan ditoreh pisau bedah ketika ubat bius belum berkesan
sepenuhnya.
Terangnya. Kat mana aku ni? Mata aku tak dapat
melihat dengan jelas. Yang aku tahu tubuh aku ditolak-tolak. Aku dapat
rasakannya. Cumanya aku tak dapat bangun. Semua saraf aku sudah dilumpuhkan.
Ya, aku baru tahu. Aku sekarang di bilik pembedahan. Aku sedang dibedah!
“Scalpel.” “Suction.” Sruppp...
Dibedah dengan scalpel |
Aku boleh dengar, aku boleh rasakan tubuh aku dibedah. Mereka
menyentuh organ-organ aku. Kau tahu istilah kesedaran anestesi? Bila mana kau
tersedar sewaktu pembedahan dijalankan ke atas diri kau, tapi kau tak mampu nak
buat apa-apa pun. Kau patung. Kau keras atas katil ni.
“Tolong potong yang ini.”
“What the…? Woi, aku terjaga sekarang! Woi, tolong berenti!
Tolonglah!” jerit aku meminta diorang berhenti tapi itu cuma suara hati aku,
mana diorang dengar. Aku terdengar bunyi drill. Aku cuak. Bunyi itu kuat hingga
aku dengar seperti tulang rusuk aku dipotong.
Zeeettt…
Getaran tu aku rasa tanpa kesakitan. Darah tiba-tiba merecik
banyak, aku bertambah cemas. Ketakutan yang amat sangat. Please, tolong
berhenti. Aku hendak sahaja menangis. Tetapi menangis pun aku tak mampu nak
buat sekarang.
“Bleeding. Suction, please."
Operasi pembedahan di bilik bedah |
Menjadi patung tak mampu berbuat apa-apa seperti ini adalah
menyeksakan. Kau berteriak macam mana pun kau tetap diperlaku begini. Dirobek,
disiat hidup-hidup seperti ini buatkan kau rasa nak mental.
Ia berlangsung selama lima jam! Ini adalah lima jam paling neraka
pernah aku lalui sepanjang hidup aku. Dapatkan buku Setapak Dalam Gelap untuk bahan
bacaan lebih lanjut.
Anda pernah merasai pengalaman dibedah? Pembedahan untuk apa? Untuk
bersalin secara caesarean/ c-section/ czer? Pembedahan kaki? Pembedahan lutut? Adakah
anda merasai pengalaman seperti di atas? Tersedar ketika dibedah sememangnya menakutkan. Terima kasih kepada
golongan doktor yang sentiasa berusaha menyelamatkan nyawa.
No comments:
Post a Comment